Saturday, May 15, 2010

Pakatan Haram Ibarat Cacing Kepanasan


Malam ini menjadi aras penanda kepada kebebasan bersuara diMalaysia yang sering dilaung-laungkan oleh Pakatan Haram diPulau Pinang amnya. Malam ini juga Pemuda bersedia menghadapi apa juga rintangan bagi menegakkan kebebesan bersuara yang menjadi slogan Pakatan Haram diMalaysia. Satu majlis ceramah yang bertajuk ' Kisah Benar ' akan dijalankan diPadang Kongsi Balik Pulau bagi menjelaskan segala kisah benar yang berlaku semasa penceramah berada bersama-sama dengan Pakatan Haram. Penceramah yang akan menceritakan kisah benar mereka adalah terdiri dari Dato'Seri Zaharin dan Lokman Adam yang mana kedua-duanya merupakan orang kuat atau tulang belakang dari parti Keadilan yang tidak adil. Permit untuk ceramah telah dipohon dari pihak berkuasa tempatan dan permit pihak berkuasa Polis DiRaja juga dipohon serta kedua-duanya telah mendapat kelulusan. Namun yang amat dikesalkan disaat-saat akhir perk=mit telah dibatalkan dengan serta merta tanpa memberi sebarang alasan yang munasabah. Pemuda kurang faham dimanakah letaknya kebebasan bersuara yang dilaungkan jika hanya sekadar ceramah kisah benar pun tidak diberi ruang untuk dijalankan.
Dimanakah letaknya keadilan dan kesaksamaan masyarakat diMalaysia jika ceramah pun disekat? Paku dulang , paku serpih , cakap orang DAP yang melebih-lebih. Kononnya digelar tokoh islam namun jauh panggang dari semanggang. Sebenarnya DAP dan Pakatan Haram benar-benar berada didalam situasi kekalutan yang teramat sangat dan sentiasa berada didalam mimpi negri . Ceramah akan diteruskan juga walau tanpa permit kerana kita percaya yang benar tetap harus diceritakan walaupun pahit untuk ditelan.
Kepada penganjur , kuatkan bentengmu dan teguhkan semangat juangmu dalam mengharungi rintangan yang mendatang. Sekalung tahniah kepada pujuk kepimpinan pemuda yang ampuh. Ceramah tetap kita ceramah demi kebenaran yang hakiki.

2 comments:

  1. salam,

    apa nak takut bro,teruskan ceramah itu,buat apa kita nak takut gan depa,kita ada telor,kita tengok puak-puak pembangkan ne main belasah jea bila buat ceramah,lainlah gang-gang ketua pemuda semua senyap bila gang DAP ne buat statment yg boleh menggangu gugat kita,apa kah ketua pemuda umno malaysia sekarang tidak sekental macam org dulu-dulu,teman ne bukan org politik tapi teman selalu mengikuti pegkembangan.jangan dok asyik pasal projek jea..dok meeting kat The Mall.........kita pemuda mesti bersemangat buat road show,approch penuntut universiti,setakat activiti main bola buat apa,kita perlu satu aktiviti yg menaikan semangat...semangat perjuangan kita.Sekarang ne teman tengok puak racist cuba menukar faktar sejarah tapi sejarah tidak pernah melupan kita.Kpd menteri amaran jangan dok asyik bagi amaran jea...tindakan tidak ada..walaupun kita bebas bersuara,tetapi teman rasa kita perlu bataskan suara itu macam era TUN dr mahathir...teman memag salute kat tun.Salam

    ReplyDelete
  2. Salam Anon ,

    Terimakasih diatas komentar saudara yang saya rasa tepat pada masanya. Meskipun kita punyai ketua yang tiada telor namun dibahagiian balik pulau kita bangga punyai ketua yang bersemangat waja dan mampu untuk membawa agenda UMNO dengan penuh patrotik dan kental. Alhamdulillah , semalam sambutan diluar jangkaan sama sekali meskipun Pentas Pemuda hanyalah diatas sebuah lori yang diubahsuai utk ceramah. Pemuda rata-ratanya telah menunjukkan sikap yang begitu bersungguh-sungguh dalam menjayakan ceramah semalam. Ketua Pemuda Bahagian begitu lantang dalam menjelaskan situasi Melayu dan masyarakat diPulau Pinang dalam era penjajah alaf baru. Penceramah jemputan pula menceritakan Kisah Benar mereka satu persatu tanpa ada yang meninggalkan majlis malah semakin ramai yang datang mendengar dengan begitu asyik sekali. Gambaran yang diberikan cukup jelas iaitu situasi yang sedang berlaku diPulau Pinang dan yang akan berlaku jika kita masih leka dan alfa dalam permainan politik kita. Dapat dijelaskan disini seramai seribu hadirin telah hadir mendengar ceramah ini.Message yang diperjelaskan cukup tepat dan sampai kepada hadirin yang hadir. Sekalung tahniah pada semua yang terlibat dalam ceramah tersebut dan semoga dimasa-masa hadapan Pemuda bahagian Balik Pulau akan terus bersemangat dalam menjalankan usaha murni ini utk menjelaskan situasi dan kisah benar kepada masyarakat dibalik pulau amnya.Kepada yang mempunyai kepentingan sendiri , beraliklah kepangkal jalan dan jgn asyik mengira projek dan pangkat namun berbaktilah kepada masyarakat.

    ReplyDelete

Semoga saudara-saudara semua dapat menzahirkan idea-idea yang bernas untuk mempertabatkan lagi barisan saf Pemuda UMNO Balik Pulau.

Powered By Blogger