Friday, August 28, 2009

'Khalid, Rodziah pengkhianat'


Kemarahan penduduk terhadap cadangan pembinaan kuil itu melimpah ke sekitar kawasan luar pejabat Rodziah, juga ADUN PKR bagi Batu Tiga, yang terletak di Seksyen 23.
Dinding dan saluran paip diconteng perkataan merah "Khalid, Rodziah pengkhianat bangsa", "bantahan kuil" serta "jangan main gila" dan perkataan hijau pula "jangan main api".
Khalid, seperti kenyataan di blognya hari ini, menyalahkan penyokong Umno atas perbuatan tersebut dan menggesa mereka membasuh sendiri dinding tersebut."Kalau Umno tahu malu, basuh sendiri dinding yang diconteng," katanya.Tambahnya, beliau percaya Umno adalah dalang utama dalam kegiatan ini walaupun ada juga orang PAS yang terbabit kerana berjaya diapi-apikan Umno."Walaupun mereka (Umno) menafikan tetapi saya tahu ini kerja mereka. Ini semua permainan politik Umno," katanya."Kalau mereka memahami soal undang-undang, sistem demokrasi dan sebagainya mereka tidak akan bertindak sedemikian. "Saya juga meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) biarkan sahaja tulisan itu di situ kerana kita tidak ada masa untuk membuang dan membersihkan kerja bodoh yang dilakukan mereka."

Arak Kepala Lembu Protes Pembinaan Kuil




Sekumpulan penduduk Seksyen 23 Shah Alam dengan beberapa NGO Melayu mengarakkan kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor sebagai membantah cadangan pemindahan kuil Hindu ke kawasan mereka.Kira-kira 50 orang yang membentuk jawatankuasa bertindak penduduk seksyen itu berkumpul di masjid negeri, beberapa ratus meter dari bangunan tersebut di Shah Alam, selepas solat Jumaat tadi.Mereka berarak sebagai menyatakan bantahan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, exco kebajikan negeri Rodziah Ismail dan exco kesihatan Dr A Xavier Jayakumar.Mereka juga mensasarkan kemarahan mereka kepada ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Didahului dengan pembawa kepala lembu, yang masih belum kering darahnya, penunjuk perasaan berjalan sambil bertakbir dan melaungkan "kami bantah" menggunakan alat pembesar suara.Mereka membawa sepanduk, antaranya bertulis "Take beer", "Islam untuk semua, kuil untuk Khalid dan Rodziah", "Kuil haram sekangkang kera, bila pindah sebesar Putrajaya" dan "Pindahkan kuil ke Seksyen 22"."Mana Xavier? Kami ada kepala lembu untuk dia," jerit seorang penyokong, setibanya di pintu masuk bangunan kerajaan tersebut yang segera ditutup kerana kehadiran mereka.

Selepas kepala haiwan itu diletakkan di depan pintu, timbalan pengerusi jawatankuasa bertindak membantah pembinaan kuil itu, Ibrahim Sabri tampil berucap ringkas, tetapi berapi-api."Ini amaran. Pindahkan kuil dari Sekysen 23, buatlah di Seksyen 22. Lembu ini kami hadiahkan kepada kerajaan negeri, kepada Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Rodziah. Ini hadiah kami."
Dalam sidang media selepas itu, pengerusi jawatankuasa itu, Mahyuddin Manaf berkata, mereka membantah tindakan kerajaan itu kerana 80 peratus penduduk kawasan itu beragama Islam."Mungkin ada yang salah tafsir bahawa kami biadab (berdemonstrasi), tetapi pemimpin yang mengajar supaya biadab kerana mereka membiarkan (tidak peduli) penduduk di Seksyen 23."

Tuesday, August 25, 2009

Again The Thambi Episode.


At first we thought that this thambi do it by himself but later only we know that this stupid thambi been instructed by his Chief Stupid Idiot to act the continue episode of the Pakatan Haram short drama slot.
What in our mind maybe this Thambi wanted to have some water or food but later we understand that he is acting the short drama which directed by his so call big boss. What ashamed we have this kind of low class drama actor in our country and the peoples doesn't realize this. From one episode to another they created the drama just to blind people eye and to meet up their personal interest of low class politic thinking.Don't be part of this actor and their director of the second republic in making.

Tuesday, August 18, 2009

Si Tambi Pula Berlakun Drama


Saban hari ada saja drama pendek lakunan dari agensi lakunan Pakatan Haram Malaysia. Terbaru lakunan dari si tambi dan si Ron Nie di pusat penamaan calun Ptg.Pasir. Macam nie kah pemimpin yg hendak memimpin?? jauh semanggang dari api. Kerja lain manusia jenis ini bukannya tahu nak buat , cuma hari-hari buat skrip untuk lakunan pakatan haram mereka. Mayarakat diluar kalau tak dapat juga menilai erti lakunan tambi dan apek ini , tak tau dah nak cakap apa. Sepatutnya kerja YB menjadi pemimpin kepada masyarakat dan bukannya menjadi sampah masyarakat.
DiSelangor keadaan menjadi tidak menentu kerana lakunan siapek dan dinegeri-negeri lain pergolakan terus juga berlaku dimana pemimpin pakatan haram memerintah.
Lebih baik apek dan tambi ini dihumbankan kedalam Kem Kemunting daripada berkeliaran diluar. Malaysia bukannya tempat untuk dihuru harakan oleh sesiapapun. Jika dah tahun tidak sehaluan nyah saja dari bumi Malaysia ini.

Saturday, August 15, 2009

Lakunan Si Apek Pakatan Haram.



Apabila melihat telatah siapek yg seekor ini dapat dirumuskan bahawa apek ini bakal meraih anugerah bintang popular abad ini anjuran Pakatan Haram. Lakunan demi lakunan dibuat dipentas Malaysia demi mengaburi mata-mata rakyat yg sebahagiannya sudah buta untuk menilai mana yg betul dan mana yg salah. Tugas-tugas SPRM ingin digagalkan oleh apek-apek ini bagi menidakkan kegiatan haram mereka di Selangor amnya dan negeri-negeri lain yg diperintah oleh Pakatan Haram. Para pelakun saban hari kerjanya menghafal skrip untuk dilakunkan dan pengarahnya pula tidak lain dan tidak bukan pengarah tersohor DSAI.
Masyarakat perlu membuka mata seluasnya dalam menonton babak-babak lakunan apek-apek ini. Sudah terang lagi bersuluh gelagat dan lakunan mereka ini demi meraih simpati dan mengagalkan apa saja usaha oleh pehak SPRM untuk membawa apek-apek ini kemuka pengadilan. Kita akan dipertontonkan lagi babak-babak menarik hari demi hari sehinggalah masyarakat tahu menilai erti lakunan mereka -mereka ini. Bukakan mata dan pasangkan telinga dan jangan jadi bodoh sombong.

Tuesday, August 11, 2009

Islam Di terjah , Apa tindakan Pemuda?


Akhir2 ini agama islam diterjah dan dihina oleh bangsa yg tak pernah kenal erti syukur dan terimakasih diatas apa yg telah mereka kecepi dan nikmati selama ini dinegara Malaysia. Sikap kurang ajar dan biadap mereka-mereka ini sesungguhnya telah menjadi darah daging petualang negara buat sekian lama. Bangsa2 ini amat berani kerana adanya segelintir bangsa melayu yg menjadi dalang dan mastermind dalam percaturan agenda politik kotor mereka dan tak lain tak bukan DSAI dan kuncu-kuncunya. Tiada apa lagi yg tinggal melainkan seluar dalam dan baju dalam pada orang melayu sekarang ini sebab terlalu sopan dan santun yg tak bertempat. Ilmu pengetahuan yang ada jauh sekali utk menilai mana yg baik dan mana yg buruk.
Persoalannya disini , dimanakah suara2 dan tindakan oleh Pemuda UMNO sebagai benteng untuk mempertahan dan memperjuangkan agama , bagsa dan tanah air? Sehingga hari ini Pemuda UMNO diam membisu seribu bahasa dan lidah kelu tak berkata dalam isu2 sedemikian. Seharusnya Pemuda dibawah pimpinan KJ sudah lantang mempertahankan agama dan bangsa sepertimana yg sepatutnya diperjuangkan apabila menjawat jawatan namun ianya hanya lakunan . Sebagai ahli parti seharunya kita merasa cukup terhina dan menyesal atas apa yg berlaku. Jangan kita lupa dan alfa , sebagai pemimpin kita dipilih meskipun dgn cara yg terhormat atau sebaliknya kerja seharusnya kita laksanakan bukan sekadar merampas jawatan namun tanggungjawab kita lepaskan. Jika takut dilambung ombak usah berumah ditepi pantai , jika takut berjuang dalam parti usah menjawat apa2 jawatan.
Pemuda memerlukan pejuang yg tulin dan berjati diri dan bukannya ayam daging tuk memikul tanggungjawab sebagai pemimpin. Seharusnya KJ perlu sedar dan bangkit dari lamunan dalam memperjuangkan isu2 sensitif sebegini dan bukanya sekadar menjadi pemerhati. Perlu diingat agama bukan utk menjadi bahan ketawa dan dihina , pertahankan agama meskipun perlu dibayar dengan hatta nyawa kita sendiri.

Wednesday, August 5, 2009

Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau.

Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 8 hb Ogos 2009 ( Sabtu )
Masa : 8:00 malam.
Tempat : Pearl Grand Ballroom, Setia Pearl Island Country Club, Bayan Lepas
Dengan demikian, Selamat Bersidang diucapkan kepada semua perwakilan – perwakilan yang akan menghadiri Persidangan Agung Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO, Bahagian Balik Pulau.

Setahun sudah berlalu maka saat yg dinantikan telah pun kunjung tiba. Perwakilan akan bermesyurat demi melaksanakan tangungjawab kepada perjuangan parti yg didukung. Persoalanya disini apakah yg telah dicapai selama setahun Pemuda Balik Pulau dibawah kepimpinan Sdr. Ketua Pemuda dan saf2 kepimpinannya. Sama ada baik ataupun buruk kita perlu terjemahkan bersama. Kadang kala komen yg berikan mendatangkan manafaat kepada kita jika diukur dari sudut pemikiran yg positif.

Kita perlu berusaha dan terus berusaha tampa mengenal erti putus asa dalam memperbaiki segala kelemahan yg ada. Selamat bersidang kepada semua saudara2 ku . laksanakan tanggung jawab saudara sebaik mungkin demi mempertabatka Agama , bangsa dan negara yg dicintai , inshaallah.

Tuesday, August 4, 2009

Melayu Menjadi Kuda Tunggangan ......


Bukan sedikit kerugian yang disebabkan oleh aksi tunjuk perasaan Gerakan Mansuh ISA (GMI) Sabtu lalu. Dianggarkan sekitar RM100 juta hingga RM200 juta hangus begitu sahaja gara-gara sikap biadap penunjuk perasaan yang mengganggu periuk nasi peniaga di sekitar ibu kota.Itu kerugian yang dapat lihat secara fizikal. Bagaimana pula impak buruk di sebaliknya? Pernahkah kita terbayang bagaimana pandangan kaum lain terhadap bangsa Melayu daripada aksi sebegitu?Jangan salahkan bangsa lain apabila orang Melayu hari ini dilihat sebagai bangsa yang ganas dan bersikap kurang ajar.Orang Melayu lebih banyak memberontak dan berlebihan-lebihan dalam melempiaskan emosi tanpa mempedulikan akibatnya kepada orang lain. Banggakah kita dengan tanggapan sebegitu?Usahlah ditambahkan lagi kehinaan kepada bangsa Melayu yang sudah ketinggalan dalam serba-serbi berbanding bangsa-bangsa lain.Cukuplah kita selama ini dilihat sebagai kaum yang lemah dalam menguasai ekonomi. Tidak mampu bersaing dalam banyak hal dan sering dinilai sebagai orang yang kalah.Apakah kita mahu pula dilihat sebagai bangsa yang kurang ajar, pencetus kekacauan dan berbuat sesuka hati tanpa mengambil kira kesusahan orang lain?Paling memalukan apabila bangsa Melayu dilihat mudah dijadikan kuda tunggangan oleh pihak tertentu yang jelas mempunyai agenda lain.Orang Melayu diperalat dalam mencapai matlamat bermotifkan politik bukan oleh bangsa lain, tetapi oleh bangsanya sendiri.Kita mungkin tidak sedar bahawa bangsa lain ketika ini sedang bersorak menyaksikan perpecahan Melayu di dalam UMNO, PKR dan Pas.Sepatutnya Melayu perlu bersatu bukan pada batas parti politik perkauman tetapi pada istilah kaum Melayu itu sendiri. Malangnya kita berpecah dan berkonflik sesama sendiri.Apa yang pasti, tindak-tanduk ini akan memburukkan lagi kadar polarisasi kepartian orang Melayu. Penyokong Pas semakin taksub, penyokong PKR semakin liberal dan penyokong UMNO semakin konservatif.Penentangan dalam banyak hal terutamanya terhadap kerajaan bukan tidak timbul di kalangan bangsa selain Melayu.Tetapi mereka tidak perlu turun ke jalanan memperbodohkan diri dengan gelagat yang menyusahkan orang ramai.Sebaliknya mereka menggunakan saluran yang lebih berhemah, bijaksana dan lebih bertamadun sama ada menerusi akhbar atau parti yang mewakili mereka.Ternyata mereka mendapat lebih daripada apa yang dimahukan menerusi cara itu. Penentang ISA juga mempunyai wadah yang sama, malah lebih luas lagi.Justeru mengapa memilih jalan yang sukar dan memalukan semata-mata untuk membolehkan suara mereka didengari. Mereka sebenarnya melakukan kesilapan besar sekiranya beranggapan kerajaan akan memberi muka selepas aksi-aksi konfrontasi sebegitu.Protes jalanan tidak sesekali dipertimbangkan dalam membuat atau meminda sesuatu dasar, apatah lagi akta yang penting seperti ISA. Sebaliknya, penunjuk perasaan itu juga yang bakal menanggung akibat kerana tidak akan sesekali terlepas daripada tindakan undang-undang.Sesuatu yang pasti budaya tunjuk perasaan dengan mencetuskan kekacauan dan keganasan itu bukan budaya rakyat Malaysia. Malah bukan budaya mana-mana bangsa di dunia sekali pun.Ia pada asasnya hanya satu bentuk manifestasi politik moden yang dipelopori oleh Barat dan bertunjangkan kebebasan bersuara mutlak.Justeru penentang ISA yang sanggup berdemonstrasi sebenarnya telah terikut-ikut dengan budaya Barat dan 'dikafirkan' oleh mereka sendiri.Demokrasi juga sebenarnya adalah alat untuk manusia mencapai matlamat politik, bukannya demokrasi itu dijadikan matlamat."Jika ia dijadikan matlamat, bagi perusuh orang Islam terutamanya, itu adalah sesuatu yang sangat meragukan. Malangnya dewasa ini, yang tampak sanggup mati demi mempertahankan demokrasi adalah orang berketerampilan agama. Ini adalah sesuatu yang menyedihkan," demikian pandangan pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Dungun, Terengganu, Asri Salleh.Golongan yang menentang ISA sepatutnya mengambil peluang daripada sikap bertolak ansur dan toleransi yang ditunjukkan kerajaan dalam isu ini. Kerajaan bukan tidak pernah mendengar. Malah tidak pernah sesekali menolak untuk meminda ISA demi kebaikan bersama.Meskipun tidak sampai ke peringkat memansuhkan tetapi melihat kepada keperluan ISA dalam konteks hari ini, kesediaan kerajaan itu sebenarnya sudah lebih daripada memadai.Ia sekurang-kurangnya memperlihatkan keadaan menang-menang kepada semua pihak meskipun kerajaan sebenarnya mempunyai hak untuk tidak mengambil peduli kepada tuntutan sebegini.Bukan sukar untuk memahami kesesuaian ISA dalam konteks kemajmukan bangsa dan kebebasan bersuara di negara ini.ISA sekurang-kurangnya mampu mengekang anasir-anasir subversif yang mengancam keselamatan negara.Dari sudut peranan itu, tiada cacat-celanya ISA diamalkan di negara ini. Cuma barangkali pelaksanaannya sahaja yang boleh dipertingkatkan dan diperbaiki.Itulah juga yang sedang diusahakan kerajaan dalam menjadikan ISA lebih berwibawa dan telus. Justeru, apa lagi yang dimahukan penentang ISA ini sehingga sanggup merosakkan Sabtu lalu dengan aksi-aksi yang memalukan?Kerana itu juga penulis melihat demonstrasi itu sebenarnya bukan lagi perjuangan memansuhkan ISA. Kehadiran tokoh pembangkang yang memberi ucapan dan membakar semangat penunjuk perasaan misalnya, sangat jelas membuktikan peranan dan pengaruh mereka.Perkara yang sama turut dikongsi oleh Asri yang tidak menolak kemungkinan pakatan pembangkang menggunakan GMI sebagai batu loncatan mencapai agenda tertentu."Ahli GMI hanyalah salah satu daripada 'alat' dalam percubaan mereka untuk menghasilkan kesan politik lain yang lebih besar nilainya daripada sekadar pemansuhan ISA," ujar Asri.Sangat menyedihkan apabila melihat kelibat anak-anak kecil yang langsung tidak mengetahui apa-apa tentang ISA diheret untuk terbabit sama.Anak-anak kecil ini tidak seharusnya dididik dan membesar dengan budaya penentangan yang ganas seperti itu.Begitu juga dengan kaum wanita yang bertudung litup serta lelaki yang berkopiah dan berserban yang sangat jelas imej keislamannya.Seharusnya mereka lebih mengetahui bahawa berdemonstrasi dan menimbulkan kekacauan kepada awam itu dilarang oleh Islam. Ia juga meninggalkan kesan yang buruk kepada agama yang mereka anuti itu sendiri.Tidak cukupkah Islam dipandang sebagai agama keganasan oleh Barat kerana perbuatan melampau penganutnya di negara-negara lain?Di mana asasnya kutukan kita kepada sentimen kebencian kepada Islam itu sedangkan kita sendiri sebagai orang Islam, berbangsa Melayu mempertontonkan sikap serupa?
Powered By Blogger