Thursday, October 22, 2009

PERGI JAHANAM TIAN CHUA




KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi dalam tempoh 14 hari terhadap keputusan Mahkamah Majistret di sini yang mendapati beliau bersalah menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis dua tahun lalu. Katanya, beliau mengekalkan pendiriannya tidak bersalah dan mengganggap ia adalah kes fitnah. "Dalam pengadilan yang dibacakan, hakim mengakui pendakwaraya tidak membekalkan saksi yang melihat insiden itu dan hukuman berdasarkan bukti mengikut keadaan," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen sebentar tadi. Tian Chua yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), dituduh menggigit konstabel Rosyaidi Anuar, 22, ketika ditahan dalam perhimpunan haram di perkarangan Parlimen. Tian Chua berkata, beliau akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen jika rayuannya ditolak.
Biasalah kalau dah bersalah tu ada saja alasan yang diberikan untuk menyelamatkan diri. Kalau berpihak pada mereka semuanya baik belaka tetapi kalau berpihak kepada orang lain semuanya tidak betul. Hukuman 6 bulan penjara dan RM3000 bukannya banyak sangat, minta ikhsan DSAI tetunya boleh langsai semuanya. Manusia seperti ini sepatutnya dibuang negeri atau dinyahkan dari muka bumi Malaysia yang tercinta kerana tidak lain kerja mereka hanyalah membuat onak dan kacau sahaja. Mana ada undang2 nergara yang membenarkan perlakuan sedemikian rupa terhadap penjawat awam dalam melakukan tugasan mereka? kalau hendak berpolitik pun berpolitiklah secara waras dan bijak , jangan sampai hendak popular sehinggakan telinga anggota keselamatan pun hedak dimakan.
Pemuda mendesak agar si Tian Chua ini dihumbangkan kedalam penjara lebih dari 6 bulan dan secara automatiknya kelayakannya sebagai ahli parlimen dibuang serta merta. Tak guna nak melalak didalam parlimen manusia yang tak sedar untung seperti ini.

Wednesday, October 21, 2009

Mampukah Pemuda UMNO Berubah??


Persidangan UMNO baru saja melabuhkan tirainya dan sudah tentu sebagai presiden parti keramat UMNO ianya menuntut agar para perwakilan dan ahli diseluruh pelusuk tanahair menzahirkan apa yang telah diucapkan pada perhimpunan kali ini.
Persoalannya "Mampukah Pemuda sebagai benteng UMNO berubah dari landasan yang sedia ada kepada landasan yang lebih baik sepertimana yang dikemudikan oleh presiden parti. Kita semua sedia maklum tanggapan dan andaian yang dibuat oleh sebilangan besar pemerhati politik tanahair terhadap Pemuda hari ini yang dipimpin oleh KJ tidak lah begitu memberangsangkan. Bukan untuk menidakkan apa yang telah dipilih oleh sebilangan perwakilan tempohhari namun rata-rata pemuda diakar umbi menuntut agar perubahan besar dapat dilakukan seberapa cepat yang mungkin. Masa tidak lagi menunggu kita dan jika sekiranya kita masih alfa dan leka serta bermimpi disiang hari maka hancur dan leburlah parti keramat UMNO pada PRU13 kelak, wallahhualamfissawab.
Setakat hari ini masih samar dan tidak dapat dikenal pasti matlamat serta objective pemuda dalam menjadi benteng kepada UMNO. Pemuda masih lagi berada didalam keadaan suasana selesanya dan saf-saf kepimpinan tertinggi masih enak dibuai mimpi indah memenangi jawatan tempohhari. Sedikit benar ajk pemuda diperingkat tertinggi yang benar-benar berkerja keras dalam mengembalikan keyakinan rakyat namun banyak sekali yang ambil jalan mudah serta tidak apa dalam memberikan perkhidmatan mereka kepada bangsa melayu serta rakyat malaysia.
Isu-isu sensentive bangsa melayu tidak langsung diperjuangkan oleh Pemuda dan perasaan menjaga hati menjadi teras dalam kepimpinan hari ini bak kata perpatah melayu " Kera dihutan disusukan tapi anak sendiri mati kelaparan" Mahukah kita melihat bangsa kita sendiri hancur ditangan bangsa kita ? Tentunya kita tidak sanggup dan berusahalah seawal mungkin untuk menghalang dari perkara yang sedemikian berlaku. Saudara-saudara ku sekelian , bangunlah dari lena dan berjuanglah habis-habisan demi Agama , Bangsa serta Tanahair yang tercinta. Pemuda perlu berubah sebelum rebah.
Powered By Blogger