Wednesday, September 30, 2009

APAKAH AGENDA SEBENAR SUARAM ??

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menyifatkan kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai tidak bertanggungjawab. “Mantan perdana menteri nampaknya tidak menyedari realiti bahawa rakyat Malaysia menentang keras ISA dan mereka mahu ianya dihapuskan segera,” kata Penyelaras Suaram, Nalini E, dalam satu kenyataan hari ini..“Ini telah dinyatakan dengan jelas kepada kerajaan apabila ribuan rakyat mengadakan perhimpunan pada 1 Ogos lalu menuntut supaya ISA dihapuskan.“Kami ingin mengingatkan mantan perdana menteri itu bahawa gesaannya supaya ISA dikekalkan, sudah tidak lagi relevan dan rakyat Malaysia sudah sedar dan beliau tidak boleh memanipulasi realiti seperti ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu.Tidak ada ruang lagi bagi akta itu disemak atau dipinda. Sebaliknya, ISA seharusnya dimansuhkan tanpa lengah-lengah lagi. Mengamalkan tindakan menangkap dan menahan tanpa bicara mengikut undang-undang yang digubal untuk menangani darurut beberapa dekat yang lalu, hanya mengaibkan Malaysia di mata dunia,” katanya.Menurut Nalini, Suaram juga mengutuk justifikasi yang dibuat oleh Dr Mahathir mengenai sebab beliau menahan 107 orang di bawah ISA dalam “Operasi Lalang” pada 1987. Tahanan tanpa bicara
Oleh itu, katanya, Suaram menggesa Dr Mahathir supaya memohon maaf kepada semua tahanan terbabit yang ditangkap dan ditahan di Kamunting tanpa bicara selama dua tahun.“Menahan seseorang di bawah ISA yang membenarkan tahanan tanpa bicara, sama ada terhadap pemimpin pembangkang, Umno atau sesiapa sahaja, adalah tidak adil.“Ianya bertentangan dengan deklarasi sejagat hak asasi manusia, undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga kebebasan asas hak asasi manusia.“Membuat kenyataan terbuka untuk menjustifikasikan penggunaan ISA yang melanggar hak ramai orang sewaktu “Operasi Lalang”, menunjukkan betapa kejam dan tidak bertamadunnya beliau sebagai seorang pemimpin. Sampai sekarang pun beliau tidak menghormati kedaulatan undang-undang,” dakwa Nalini.Menurutnya, Suaram juga ingin menegaskan bahawa sejak penggubalan ISA pada 1960, kesemua perdana menteri telah menggunakan ISA untuk menutup mulut lawan politik Umno.“Dr Mahathir adalah antara perdana menteri yang menggunakan ISA secara meluas terhadap rakyat Malaysia selama 22 tahun beliau menjadi perdana menteri.“Beliau telah menahan lebih 2,000 orang di bawah ISA, termasuk bekas timbalan perdana menteri yang juga pemimpin pembangkang sekarang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gesaan pada Najib“Ini merupakan satu 'rekod prestasi' yang mengaibkan dan tidak seharusnya dibanggakan!,” kata NaliniSehingga saat ini, tambahnya, tahanan ISA terus tertakluk kepada tahanan tanpa bicara, deraan fizikal dan layanan buruk serta tanpa sebarang semakan yang berkesan terhadap kewajaran mereka ditahan.“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak sepatutnya mengikut jejak langkah bekas kesemua perdana menteri sebelumnya. “Datuk Seri Najib seharusnya melangkah keluar dari kecenderungan kerajaan authoritarian sebelum ini dan menamatkan amalan menahan suspek tanpa bicara.“Jika perdana menteri serius dengan slogannya, “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, maka beliau hendaklah memansuhkan ISA dan membebaskan rakyat Malaysia daripada kekejaman ISA,” katanya. ( Petikan dari Malaysiakini 30.Sept.2009)

SUARAM bukannya mewakili majoriti rakyat diMalaysia namun ianya lebih menjurus kepada wakil kepada parti pembangkang rakyat yg dimonopoli oleh pihak2 dan anasir2 jahat yg kurang senang dgn masyarakat Melayu dan Malaysia.
Jika ISA mahu dihapuskan dengan alasan tidak rasional dan menindas masyarakat maka Malaysia tidak perlu lagi ada PDRM , ATM dan sebagainya untuk menjaga kententeraman rakyat sebab semua rakyat Malaysia baik2 belaka. Alasan yg diberikan langsung tidak masuk akal dan ianya menjurus kepada persoalan individu. Jika seseorang itu tidak bersalah maka tidak perlu ia takut atau bimbang akan ISA . Jangan cuba bermain api dengan masyarakat melayu dan jika semua yang ada diMalaysia tidak releven maka eloklah berangkat balik ke negara asal masing2. Yang india balik ke India dan yg cina balik ke China , habis cerita.
Kita tetap mahukan ISA dan sebagai rakyat yg inginkan kesejahteraan maka ISA masih releven.
Elok ditanggap saja wakil SUARAM ini dan humbankan kedalam tahan ISA . Ini lah balasannya kalau kita menolong anjing yg tersepit , bila terlepas maka digigit kita semula. Melayu perlu bangun dan bersatu sesama melayu demi untuk menghapuskan makhluk perosak dan parasit seperti wakil SUARAM. Lagi sekali diingatkan , jangan bermain api , Tun sudah berjasa kepada semua masyarakat diMalaysia dan jgn sekali2 cuba menidakknaya. Cermin diri sendiri baru bercakap.

Monday, September 28, 2009

Pulau Pinang dan DAP




Sudah 2 tahun DAP memerintah Pulau Pinang namun masyarakat melayu masih lagi ditakuk lama dan masih bermimpi disiang hari. Melayu Pulau Pinang leka dan alfa dengan mainan dan lakonan pelakun2 wayang cina . Mereka2 ini sanggup berlakon apa saja babak dan watak asalkan saja dapat meraih minat dan sokongan dari melayu yg kurang cerdik dan cetek ilmunya.


Dari sikap tidak puas hati dikebanyakan masyarakat melayu sewaktu PRU12 memberi undi kesian kepada DAP dan kini menjadi bebanan kepada generasi yg ada sekarang dan yg akan datang. Kita tidak melihat sesuatu masaalah itu secara kolektif tetapi hanya memandang ringan dan mengambil sikap tidak apa namun pada kaun cina semua itu memberi kesan yg cukup mendalam dalam membentuk generasi mereka yang akan datang.


Di Balik Pulau sendiri masyarakat cina tidak lagi menyokong BN dan hanya berlakon dgn watak yg mereka cipta demi mengaburi kaca mata masyarakat setempat dan BN. Kita cukup takut dgn bayang2 kita sendiri sehingga sanggup mengadai maruah bangsa dan negara demi kepentingan diri . Peniaga cina pula bermaharajalela dgn meniaga namun peniaga melayu pula sedikit demi sedikit dihalau dari tempat mereke sendiri. Ini lah habuannya kalau berbaik sangka dgn DAP lahanatullah.


Monday, September 7, 2009

Adun BN Ugut Letak Jawatan.

GEORGETOWN - Satu lagi pilihan raya kecil mungkin berlaku di Pulau Pinang dalam tempoh terdekat jika beberapa isu yang dianggap remeh tidak ditangani segera oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN). Kali ini akan membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO yang mewakili BN kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan layanan diterima yang dianggap tidak adil dan terasa dipinggirkan. Jika tiada pilihan lain dan keadaan masih tidak berubah, beliau nekad untuk mengosongkan kerusi itu dengan meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana tidak mahu terus dipersalahkan oleh penduduk yang menganggapnya tidak mampu buat kerja dan membantu mereka. Ketika ditemui Sinar Harian, ADUN itu melahirkan rasa kecewa kerana tidak mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang termasuk dari segi menyalurkan bantuan tertentu untuk faedah rakyat di kawasannya. Beliau berkata, keadaan itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh atau tekanan pihak tertentu untuk meminggirkannya daripada arus politik UMNO di peringkat bahagian akibat kurang persefahaman dan perbezaan pendapat atau pendirian. “Mana boleh bantuan cuba disekat untuk ADUN tertentu kerana semua ini adalah untuk keperluan rakyat. Kenapa sesetengah peruntukan tidak boleh disalurkan terus kepada saya atau penduduk di kawasan saya tetapi perlu dirujuk kepada orang tertentu terlebih dahulu. Jika tidak mendapat ‘perkenan’ daripada mereka, maka bantuan itu tidak akan sampai ke kawasan saya,” katanya. Menurutnya, walaupun perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi ia kini menjadi amalan mereka dan begitu ketara sejak pilihan raya umum lalu. “Kenapa ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap sesetengah ADUN dibiarkan berterusan kerana ia turut memberi kesan kepada saya untuk membantu rakyat. “Ini tidak adil kerana agensi Kerajaan Persekutuan tertentu tidak mahu memberi sokongan dan bantuan secara terus kepada saya dalam menjaga kebajikan rakyat,” katanya. Beliau begitu kecewa dengan pentadbiran beberapa agensi berkenaan yang sudah lari daripada matlamat untuk menyalurkan mesej dan bantuan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat jelata. “Mereka kini seolah-olah dilihat mencampuri urusan politik dan menyebelahi pihak tertentu dalam pergolakan yang berlaku,” katanya. Beliau berkata dalam keadaan itu, ADUN sahaja yang nampaknya terpaksa bertungkus lumus menjaga dan menolong rakyat tetapi agensi yang terlibat secara langsung untuk membantu tidak memberi sokongan kepada wakil rakyat. Bagaimanapun, beliau masih memberi peluang kepada agensi berkenaan dan pihak terbabit agar dapat mengubah sikap dan tidak memilih bulu untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat. “Jika masih tiada perubahan, saya akan meletak jawatan selepas Hari Raya Aidilfitri ini agar diganti dengan wakil rakyat baru yang lebih sealiran dengan pihak tertentu,” katanya.
Sumber: Sinarharian 7.09.2009

Persoalannya:
1.Kenapa perlu menyuarakan kepada media masaalah dalaman parti?
2. Tanggungjawab ADUN menuntut supaya menjadi pemimpin yg sabar , menerima tanggungjawab sepenuhnya dan mempunyai idea bagi membantu masyarakat.
3. Jika masa senang saja ADUN berkenaan ingin menjadi ADUN maka UMNO tidak perlu ada ADUN yg sebegini.
4. ADUN yg sebegini adalah sebenarnya Beban kepada parti UMNO dan ugut mengugut bukan amalan dan budaya masyarakat melayu diMalaysia dan jgn sekali-kali kita meniru sikap pemimpin pembangkang dalam soal mengungut ini.
5. Dimasa susah ini lah kepimpinan ADUN dan setiap pemimpin sering kali diuji olah Allah dan seharusnya kita lebih reda dalam mengharungi kesulitan yg mendatang.
6. Jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.

Thursday, September 3, 2009

Benarkah 600 ahli komponen BN akan sertai PKR?

Sep 3, 09 2:56pm
Seramai 600 anggota parti komponen BN di Perak didakwa akan menyertai PKR pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di Ipoh, Sabtu ini.Bekas anggota parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan PPP dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini."Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di Ipoh hari ini.Beliau mendakwa lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi."Ini adalah gelombang pertama... ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM. "Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Yap yang juga bekas naib pengerusi MCA bahagian Ipoh Timur berkata, anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea "sistem dua parti" dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas menteri kesihatan itu.Yap bersama bekas menteri kesihatan Datuk Chua Jui Meng dan bekas senator David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lepas. BERNAMA
Persoalannya , Benrakah seramai itu yg akan menyertai BN ? Kalau benar kan bagus kerna tak guna ada gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut. Jika benar , maka yg terang lagi bersuluh dan jelas akan perjuangan mereka selama ini. Mereka2 ini berselindung disebalik topeng BN akan tetapi berpaksikan kepada Pembangkang dan Pakatan Haram. Firkir2kan wahai bagsa ku...
Powered By Blogger