Saturday, May 15, 2010

Pakatan Haram Ibarat Cacing Kepanasan


Malam ini menjadi aras penanda kepada kebebasan bersuara diMalaysia yang sering dilaung-laungkan oleh Pakatan Haram diPulau Pinang amnya. Malam ini juga Pemuda bersedia menghadapi apa juga rintangan bagi menegakkan kebebesan bersuara yang menjadi slogan Pakatan Haram diMalaysia. Satu majlis ceramah yang bertajuk ' Kisah Benar ' akan dijalankan diPadang Kongsi Balik Pulau bagi menjelaskan segala kisah benar yang berlaku semasa penceramah berada bersama-sama dengan Pakatan Haram. Penceramah yang akan menceritakan kisah benar mereka adalah terdiri dari Dato'Seri Zaharin dan Lokman Adam yang mana kedua-duanya merupakan orang kuat atau tulang belakang dari parti Keadilan yang tidak adil. Permit untuk ceramah telah dipohon dari pihak berkuasa tempatan dan permit pihak berkuasa Polis DiRaja juga dipohon serta kedua-duanya telah mendapat kelulusan. Namun yang amat dikesalkan disaat-saat akhir perk=mit telah dibatalkan dengan serta merta tanpa memberi sebarang alasan yang munasabah. Pemuda kurang faham dimanakah letaknya kebebasan bersuara yang dilaungkan jika hanya sekadar ceramah kisah benar pun tidak diberi ruang untuk dijalankan.
Dimanakah letaknya keadilan dan kesaksamaan masyarakat diMalaysia jika ceramah pun disekat? Paku dulang , paku serpih , cakap orang DAP yang melebih-lebih. Kononnya digelar tokoh islam namun jauh panggang dari semanggang. Sebenarnya DAP dan Pakatan Haram benar-benar berada didalam situasi kekalutan yang teramat sangat dan sentiasa berada didalam mimpi negri . Ceramah akan diteruskan juga walau tanpa permit kerana kita percaya yang benar tetap harus diceritakan walaupun pahit untuk ditelan.
Kepada penganjur , kuatkan bentengmu dan teguhkan semangat juangmu dalam mengharungi rintangan yang mendatang. Sekalung tahniah kepada pujuk kepimpinan pemuda yang ampuh. Ceramah tetap kita ceramah demi kebenaran yang hakiki.
Powered By Blogger