Monday, July 27, 2009

Pro - ISA Marah KJ larang Demo .


Petikan dari malaysiakini.


kemaskini 12.30pm Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahli pergerakan itu menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.

"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu. "Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan," kata Timbalan Presiden II Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun. "Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih," tegasnya.Menyifatkan itu hanya pandangan peribadi Khairy sahaja, Rahimuddin berkata, masih ramai ahli Pemuda Umno yang menyatakan sokongan kepada mereka – yang menganjurkan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA" - untuk berdepan dengan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA."Ribuan lagi ahli Pemuda Umno yang bersama kami. Pemimpin (yang) dibeli, golongan bangsawan, memang takut disirami hujan, bom (meriam) air atau panas matahari," katanya sinis, sambil mendakwa Khairy hanya mempunyai 200 penyokong setia.Ahli parlimen Rembau, yang juga pengerusi Pemuda BN, turut diminta mempersoalkan pendirian Pemuda Gerakan menyatakan dukungan secara terbuka terhadap perhimpunan anti-ISA.Pada 13 Julai lalu, Pemuda Gerakan menyatakan ia telah menulis surat kepada penganjurnya Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menyatakan sokongan terhadap – dan terbabit dalam – demonstrasi tersebut.Pewaris dan lebih sepuluh NGO Melayu yang mendukung akta tersebut dijadual bermesyuarat tengah hari ini di ibu negara bagi membincangkan persediaan rapi menjelang perhimpunan Sabtu ini yang tinggal tidak sampai lima hari.Ribuan penyokong pembangkang dan aktivis 83 NGO bersama GMI merancang bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi – kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara – dengan berpakaian hitam dan merah.


Apakah yg bermain di benak fikiran KJ?????

Islam Yg PAS~Perjuangkan

Salam saudara semua ,

Persoalan yg timbul dikebanyakan media dan blog2 bertanyakan adakah ini pemimpin yg dikatakan memperjuangakan Islam? permainan apakah yg mereka main sehinggakan sanggup mengadai maruah agama dan yg paling dibimbangkan ialah status akidah mereka2 ini. Kerana kepentingan politik murahan mereka sanggup mengadaikan dan menghalalkan cara demi meraih sokongan kafirun , wallahualam nauzubillahhimin zalik.
Bukan setakat menghidiri majlis tertentu , majlis keagamaan juga mereka hadiri demi mencari sokongan politik durjana . Bukalah mata dan pasangkan telinga dalam mengikuti perkembangan isu2 terkini demi kepentingan agama , bangsa dan negara. Jangan kita lalai dan alfa dengan agenda permainan mereka2 yg durjana dan dusta ini.
Agama seharusnya ditegakkan dan bukannya dirobohkan meskipun terpaksa mengadai diri. Fikir2kan wahai saudara2 ku. Semoga kejadian ini menginsafkan kita semua betapa jauhnya tersasar matlamat menghalalkan cara pakatan pembangkang dan PAS.

Monday, July 20, 2009

Apa Pandangan Pemuda Balik Pulau Diatas Kematian Teoh



Salam Semua ,

Takziah diatas kematian yag tidak dijangkakan sama sekali. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan kepada MACC dan juga PDRM saban hari. Sudah tebal telinga dan naik buta mata melihat telatah semborono pihak pembangkang dan sekutunya dalam memperjuangkan agenda yg tiba-tiba muncul didalam kekalutan Pakatan Rakyat diseluruh negara.
Insiden yg tidak dijangka sama sekali mencetuskan rasa amarah yg membuak-buak dikalangan pembangkang dan rakan sejenis dgnnya.
Suka diingatkan , PDRM telah melipat gandakan usaha utk mempercepatkan siasatan ini dan berilah peluang kepada PDRM utk berbuat demikian. Persoalanya disini kenapakah isu ini amat dipolotikkan oleh pakatan pembangkang? Adakah isu ini beragendakan kaum? Apa pandangan saudara dan saudari dalam isu ini dan agenda apakah yg tersembunyi disebalik peristiwa ini?

Sunday, July 12, 2009

Setahun Kepimpinan Sdr.Aziaan selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau.

Salam semua ,

Setahun sudah berlalu dan begitu jugalah dengan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau dibawah Sdr.Aziaan selaku ketuanya.Masa berlalu begitu pantas dan pemuda hari ini adakah lebih baik dari setahun yang lalu atau masih ditakuk lama ? Kearah mana pembawakan Pemuda diBalik Pulau dimasa kepimpinan Sdr.Aziaan ? Bagaimana pula dengan nasib mereka ? Adakah kepimpinan hari ini lebih baik dari kepimpinan masa lalu dibawah Sdr.Shahidan ? Ayuh sama2lah kita lontarkan idea demi memperkukuhkan lagi nasib Pemuda dibahagian Balik Pulau . Wassalam.

Thursday, July 9, 2009

Adakah LGE masih releven sebagai KM Pulau Pinang?

Salam saudara2 semua ,

Dengan apa yg telah berlaku akhir2 ini ingin saya berkongsi pendapat dengan saudara2 semua adakah LGE atau Lim Guan Eng masih lagi releven sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?
1. Isu Kg.Buah Pala tidak dapat diselesaikan dgn bijaksana dan segera.
2. Pengistiharan harta oleh Ketua Menteri dan Pakatan Rakyat masih belum lagi dijelaskan kepada rakyat sepertimana yg telah dijanjikan sejak mula2 memerintah.
3. Isu tanah hak milik orang-orang melayu diPulau Pinang masih menjadi tanda tanya sehingga kini.
Powered By Blogger