Friday, December 25, 2009

KERANA PULUT SANTAN BINASA , KERANA MULUT BADAN BINASA LGE.


Tak habis-habis manusia seorang nie membuat dajal dalam negara kita yg tercinta. Lepas satu-satu perkara yg tak elok dibuatnya. Belum pun lagi mahkamah menjatuhkan hukum silahanattullah nie dah pun membuat tuduhan dan memutar-belitkan fakta yg bercanggah sehingga boleh menganggu kestabilan bangsa dan agama dinegara ini. Polis telah memberi amaran wahai silahanatullah dan sedar-sedarlah diri supaya berhenti dari menyebar fitnah .
Jangan cuba menghasut orang ramai dalam apa juga pandangan dan tomahan yg berbau negetif dan fitnah. Banyaklah kerja yg perlu dilakukan sebagai KT Penang dan bukannya membuang masa menabur fitnah. Inilah kerja Pakatan Haramjadah dalam memimpin rakyat yg buta akal fikirannya. Bongkar akan kita terus kita bongkar demi kebenaran dan berhati-hatilah apabila bercakap " Kerana pulut santan binasa , kerana MULUT celupar badan yg binasa.

Monday, December 21, 2009

GERAKAN OH GERAKAN

Kini tibalah masanya GERAKAN menyerahkan tampuk kepimpinan Pegerusi BN negeri kepada UMNO pula setelah tewas teruk dalam PRU12 yang lalu dibawah kepimpinan GERAKAN. Tidak semestinya jika kita mengambil alih kepimpinan BN negeri kita akan memulau GERAKAN atau mana-mana komponen parti namun niat kita cuma 1 iaitu utk memenangi PRU13 dan seterusnya merampas semula tampuk kepimpinan negeri Pulau Pinang yg dicintai dari perompak pakatan rakyat.
GERAKAN perlu melihat dari sudut kacamata yang positive lagi kompreshensif dalam merampas kembali Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat yang semakin lemah dan longlai dari segala sudut politik. UMNO tidak sekali-kali ingin merampas dari GERAKAN apa yang telah dikuasai selama 35 tahun namun perubahan perlulah dilakukan sejajar dengan konsep 1Malaysia dan GERAKAN perlu akur dan terima dgn hati dan minda yang terbuka tanpa berbelah bagi . GERAKAN perlulah menepuk dada dan tanyalah selera samaada hendak kuasai semula Pulau Pinang atau sebaliknya membiarkan terus-terusan ditangan pakatan rakyat yang semakin tidak sepakat. Jangan menunggu sehingga nasi menjadi bubur dan bersegeralah menerima apa yang UMNO cadangkan demi keutamaan rakyat Malaysia amnya diPulau Pinang.

Segala kepentingan diri atau parti perlu dijauhi dan kepentingan rakyat Pulau Pinang seharusnya diberi keutamaan. Rakyat sudah pandai menilai mana yang baik dan mana yg buruk setelah malapetaka PRU12 melanda Malaysia.
Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau mengalu-alukan pandangan dan permintaan dari kepimpinan tertinggi UMNO negeri agar tampuk kepimpinan BN negeri diberi dan diserahkan kepada UMNO demi kepentingan Pulau Pinang. Andai sekiranya UMNO tewas juga maka kembalikan kepimpinan kepada GERAKAN dan seandainya UMNO menang maka sama-samalah kita menuju kearah PULAU PINANG sejahtera. Amin rabbalalamin. Inshaallah.
Powered By Blogger