Wednesday, October 21, 2009

Mampukah Pemuda UMNO Berubah??


Persidangan UMNO baru saja melabuhkan tirainya dan sudah tentu sebagai presiden parti keramat UMNO ianya menuntut agar para perwakilan dan ahli diseluruh pelusuk tanahair menzahirkan apa yang telah diucapkan pada perhimpunan kali ini.
Persoalannya "Mampukah Pemuda sebagai benteng UMNO berubah dari landasan yang sedia ada kepada landasan yang lebih baik sepertimana yang dikemudikan oleh presiden parti. Kita semua sedia maklum tanggapan dan andaian yang dibuat oleh sebilangan besar pemerhati politik tanahair terhadap Pemuda hari ini yang dipimpin oleh KJ tidak lah begitu memberangsangkan. Bukan untuk menidakkan apa yang telah dipilih oleh sebilangan perwakilan tempohhari namun rata-rata pemuda diakar umbi menuntut agar perubahan besar dapat dilakukan seberapa cepat yang mungkin. Masa tidak lagi menunggu kita dan jika sekiranya kita masih alfa dan leka serta bermimpi disiang hari maka hancur dan leburlah parti keramat UMNO pada PRU13 kelak, wallahhualamfissawab.
Setakat hari ini masih samar dan tidak dapat dikenal pasti matlamat serta objective pemuda dalam menjadi benteng kepada UMNO. Pemuda masih lagi berada didalam keadaan suasana selesanya dan saf-saf kepimpinan tertinggi masih enak dibuai mimpi indah memenangi jawatan tempohhari. Sedikit benar ajk pemuda diperingkat tertinggi yang benar-benar berkerja keras dalam mengembalikan keyakinan rakyat namun banyak sekali yang ambil jalan mudah serta tidak apa dalam memberikan perkhidmatan mereka kepada bangsa melayu serta rakyat malaysia.
Isu-isu sensentive bangsa melayu tidak langsung diperjuangkan oleh Pemuda dan perasaan menjaga hati menjadi teras dalam kepimpinan hari ini bak kata perpatah melayu " Kera dihutan disusukan tapi anak sendiri mati kelaparan" Mahukah kita melihat bangsa kita sendiri hancur ditangan bangsa kita ? Tentunya kita tidak sanggup dan berusahalah seawal mungkin untuk menghalang dari perkara yang sedemikian berlaku. Saudara-saudara ku sekelian , bangunlah dari lena dan berjuanglah habis-habisan demi Agama , Bangsa serta Tanahair yang tercinta. Pemuda perlu berubah sebelum rebah.

No comments:

Post a Comment

Semoga saudara-saudara semua dapat menzahirkan idea-idea yang bernas untuk mempertabatkan lagi barisan saf Pemuda UMNO Balik Pulau.

Powered By Blogger