Monday, September 7, 2009

Adun BN Ugut Letak Jawatan.

GEORGETOWN - Satu lagi pilihan raya kecil mungkin berlaku di Pulau Pinang dalam tempoh terdekat jika beberapa isu yang dianggap remeh tidak ditangani segera oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN). Kali ini akan membabitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada UMNO yang mewakili BN kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan layanan diterima yang dianggap tidak adil dan terasa dipinggirkan. Jika tiada pilihan lain dan keadaan masih tidak berubah, beliau nekad untuk mengosongkan kerusi itu dengan meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana tidak mahu terus dipersalahkan oleh penduduk yang menganggapnya tidak mampu buat kerja dan membantu mereka. Ketika ditemui Sinar Harian, ADUN itu melahirkan rasa kecewa kerana tidak mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di Pulau Pinang termasuk dari segi menyalurkan bantuan tertentu untuk faedah rakyat di kawasannya. Beliau berkata, keadaan itu mungkin berlaku disebabkan pengaruh atau tekanan pihak tertentu untuk meminggirkannya daripada arus politik UMNO di peringkat bahagian akibat kurang persefahaman dan perbezaan pendapat atau pendirian. “Mana boleh bantuan cuba disekat untuk ADUN tertentu kerana semua ini adalah untuk keperluan rakyat. Kenapa sesetengah peruntukan tidak boleh disalurkan terus kepada saya atau penduduk di kawasan saya tetapi perlu dirujuk kepada orang tertentu terlebih dahulu. Jika tidak mendapat ‘perkenan’ daripada mereka, maka bantuan itu tidak akan sampai ke kawasan saya,” katanya. Menurutnya, walaupun perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini tetapi ia kini menjadi amalan mereka dan begitu ketara sejak pilihan raya umum lalu. “Kenapa ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap sesetengah ADUN dibiarkan berterusan kerana ia turut memberi kesan kepada saya untuk membantu rakyat. “Ini tidak adil kerana agensi Kerajaan Persekutuan tertentu tidak mahu memberi sokongan dan bantuan secara terus kepada saya dalam menjaga kebajikan rakyat,” katanya. Beliau begitu kecewa dengan pentadbiran beberapa agensi berkenaan yang sudah lari daripada matlamat untuk menyalurkan mesej dan bantuan Kerajaan Persekutuan kepada rakyat jelata. “Mereka kini seolah-olah dilihat mencampuri urusan politik dan menyebelahi pihak tertentu dalam pergolakan yang berlaku,” katanya. Beliau berkata dalam keadaan itu, ADUN sahaja yang nampaknya terpaksa bertungkus lumus menjaga dan menolong rakyat tetapi agensi yang terlibat secara langsung untuk membantu tidak memberi sokongan kepada wakil rakyat. Bagaimanapun, beliau masih memberi peluang kepada agensi berkenaan dan pihak terbabit agar dapat mengubah sikap dan tidak memilih bulu untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat. “Jika masih tiada perubahan, saya akan meletak jawatan selepas Hari Raya Aidilfitri ini agar diganti dengan wakil rakyat baru yang lebih sealiran dengan pihak tertentu,” katanya.
Sumber: Sinarharian 7.09.2009

Persoalannya:
1.Kenapa perlu menyuarakan kepada media masaalah dalaman parti?
2. Tanggungjawab ADUN menuntut supaya menjadi pemimpin yg sabar , menerima tanggungjawab sepenuhnya dan mempunyai idea bagi membantu masyarakat.
3. Jika masa senang saja ADUN berkenaan ingin menjadi ADUN maka UMNO tidak perlu ada ADUN yg sebegini.
4. ADUN yg sebegini adalah sebenarnya Beban kepada parti UMNO dan ugut mengugut bukan amalan dan budaya masyarakat melayu diMalaysia dan jgn sekali-kali kita meniru sikap pemimpin pembangkang dalam soal mengungut ini.
5. Dimasa susah ini lah kepimpinan ADUN dan setiap pemimpin sering kali diuji olah Allah dan seharusnya kita lebih reda dalam mengharungi kesulitan yg mendatang.
6. Jika takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai.

5 comments:

  1. Padan muka hangpa. Dulu hangpa ingat Balik Pulau tu mcm bapak hangpa punya. Laa nih baru hangpa tau.

    Kalau Hilmi berhenti, hangpa mmg akan berebut nak jadi calon. Bukan kami tak kenai hangpa. Kita sama sama anak Balik Pulau.

    Aku anak Kongsi.

    ReplyDelete
  2. Saudara Pemburu Syahid ,

    Tak payah tunggu Hilmi berhenti pun lani dah kalut berebut nak jadi calun. Seronok sungguh jadi calun nie sebab boleh macam2.Tau2 sajalah. Kalau dah anak kongsi tu bagus lah. Hang faham dan aku pun faham. Sendiri depa kena tau.

    ReplyDelete
  3. Sisingamangaraja GorgorSeptember 10, 2009 at 5:46 PM

    As'kum, Salam Perjuangan & Salam Perkenalan wat bro Durian...~

    Bru jek peh baca komen bro kat blog bro Parpu...~

    So harap2 dapat kita kongsikan bersama...~

    Neway bro Durian ade Facebook dak?...~

    Horas & Slamat berbuka...~

    ReplyDelete
  4. Salam Sisingamangaraja Gorgor ,

    Terimaksih kerana melawat blog yg tak seberapa ini. Bukan tujuan mencari glamour tapi hanya menegak kebenaran. Petualang bangsa perlu dihapuskan dimuka bumi Malaysia yg tercinta ini. Saudara boleh meghubungi saya melalui e-mail durianbalikpulau@gmail.com. Inshaallah boleh kita bertukar2 fiiran dan berkongsi maklumat. Salam ramadhan dan selamat bersahur.

    ReplyDelete
  5. salam bro...

    hadup pakatan.hapuskan politik wang.

    ReplyDelete

Semoga saudara-saudara semua dapat menzahirkan idea-idea yang bernas untuk mempertabatkan lagi barisan saf Pemuda UMNO Balik Pulau.

Powered By Blogger