Wednesday, August 5, 2009

Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau.

Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 8 hb Ogos 2009 ( Sabtu )
Masa : 8:00 malam.
Tempat : Pearl Grand Ballroom, Setia Pearl Island Country Club, Bayan Lepas
Dengan demikian, Selamat Bersidang diucapkan kepada semua perwakilan – perwakilan yang akan menghadiri Persidangan Agung Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO, Bahagian Balik Pulau.

Setahun sudah berlalu maka saat yg dinantikan telah pun kunjung tiba. Perwakilan akan bermesyurat demi melaksanakan tangungjawab kepada perjuangan parti yg didukung. Persoalanya disini apakah yg telah dicapai selama setahun Pemuda Balik Pulau dibawah kepimpinan Sdr. Ketua Pemuda dan saf2 kepimpinannya. Sama ada baik ataupun buruk kita perlu terjemahkan bersama. Kadang kala komen yg berikan mendatangkan manafaat kepada kita jika diukur dari sudut pemikiran yg positif.

Kita perlu berusaha dan terus berusaha tampa mengenal erti putus asa dalam memperbaiki segala kelemahan yg ada. Selamat bersidang kepada semua saudara2 ku . laksanakan tanggung jawab saudara sebaik mungkin demi mempertabatka Agama , bangsa dan negara yg dicintai , inshaallah.

No comments:

Post a Comment

Semoga saudara-saudara semua dapat menzahirkan idea-idea yang bernas untuk mempertabatkan lagi barisan saf Pemuda UMNO Balik Pulau.

Powered By Blogger