Sunday, July 12, 2009

Setahun Kepimpinan Sdr.Aziaan selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau.

Salam semua ,

Setahun sudah berlalu dan begitu jugalah dengan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau dibawah Sdr.Aziaan selaku ketuanya.Masa berlalu begitu pantas dan pemuda hari ini adakah lebih baik dari setahun yang lalu atau masih ditakuk lama ? Kearah mana pembawakan Pemuda diBalik Pulau dimasa kepimpinan Sdr.Aziaan ? Bagaimana pula dengan nasib mereka ? Adakah kepimpinan hari ini lebih baik dari kepimpinan masa lalu dibawah Sdr.Shahidan ? Ayuh sama2lah kita lontarkan idea demi memperkukuhkan lagi nasib Pemuda dibahagian Balik Pulau . Wassalam.

10 comments:

  1. Salam, hadir saya di sini kerana permintaan Durian Balik Pulau. Bagi saya, selepas kekalahan pilihanraya yang lalu, apa yang saya nampak pemuda dan pemudi agak tidak bersemangat untuk mengerakkan parti.

    Kita tidak boleh salahkan Saudara Azian semata-mata tetapi kekuatan pemimpin, pemimpin di bawah saudara Azian, ahli parti dan komuniti keseluruhannya perlu dipertingkatkan. Mungkin perlu ada inisiatif atau strategi lain untuk memperjuangkan melayu...

    Bagi Ija, kekuatan bukan terletak pada perjuangan parti semata-mata tetapi perjuangan pembanguan ekonomi dan sosial perlu dipertingkatkan bagi meningkatkan kekuatan orang melayu serta intergarsi positif antara kaum. Itu yang sekarang ini kami Kelab Usahawan Sosial & Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang tengah diusahakan.. Boleh refer http://usahawan.balikpulau.org dan http://kumuda.org untuk maklumat lanjut..

    Dengan ini, saya ingin menawarkan diri menyumbangkan tenaga yang tak seberapa bersama saudara Azian dalam Biro Ekonomi Parlimen Balik Pulau.. (Betul keee!!!) Ija tak ingat la Biro yang ditawarkan oleh Saudara Azian tuee.. Memang misi Ija selama ini adalah membangunkan pembangunan ICT & Usahawan di Balik Pulau..Perjuangan Ekonomi jugak la tuee....Sekian....

    Note 1 : Tapi, Ija risau jika ahli parti salahkan Ija jika Ija berkomunikasi dengan ahli pembangkang. Tak boleh la kata Ija melawan perjuangan atau talam dua muka... Ada ka patut??? dioarang kata Ija belot..sedangkan baru layari internet depa & berkomunikasi dengan pihak lawan... Harap ada pemikiran positif dengan orang-orang kita.. Bagi Ija, jangan kongkong pemikiran masyarakat.. Biar mereka menilai sendiri tentang kebaikan parti... Maaf yerr, jika Ija terkasar.. Lepas ini jangan hantar orang pukul Ija lak...hihihii!!!!

    Note 2: Kepada Puteri Bahagian, saya bersedia melancarkan Blog Puteri Balik Pulau asalkan ada tenaga kerja bersama-sama saya mengusahakan idea ini. Saya akan menawarkan latihan, kalau boleh latihan dibuat selain premis kerajaan. Terima Kasih..

    ReplyDelete
  2. Salam Ija ,
    Berbanyak terimakasih diatas kesudian Ija mencurahkan idea dan keringat kearah pembentukan minda pemikiran generasi muda hari ini. Bukannya kita menyalahkan seratus peratus kepada Sdr.Aziaan semata-mata tapi bila mana kita bercakap dari sudut kepimpinan maka pemimpin perlu memikul tanggungjawab keatas barisa saf kepimpinannya. Akur dengan apa yg Ija lemparkan namun jika kita melihat dari sudut yg lebih luas maka kita dapat merasakan betapa besarnya peranan yg perlu ada dan dimainkan oleh pemimpin untuk mencorakkan sesuatu pertubuhan itu.
    Cadangan Ija untuk membangunkan blog Puteri amatlah dialu-alukan namun ianya lebih bermakna jika Puteri sendiri mengambil inisiatif bersama-sama untuk melaksanakanya. Kita tidak mahu segala-galanya disediakan tampa ada sikap berdikari dikalangan individu itu sendiri. Sepatutnya individu itu sendiri sudah cukup terbuka dan celik ilmu untuk membangunkan apa yang perlu dan bukannya mengharapkan bantuan dan ikhsan individu lain. Sudah cukuplah sentimen yang dimainkan oleh bangsa lain terhadap bangsa melayu dan kita tidak mahu lagi lena dibuai mimpi indah disiang hari.Kita perlu bangun dan sedar akan keperluan kita hari ini dalam mencorakkan kehidupan yang kita impikan.
    Ija tidak perlu risau akan apa yang diperkatakan oleh orang lain jika tiada kebenaranya. Tiada salahnya kita berhubungan dengan sesiapa pun asalkan kita sedar ruang dan tujuan kita. Disinilah yg dikatakan melayu masih ditakuk lama dan masih berfikiran negatif dalam merentasi ruang globalisasi.Pada masa kini sudah tidak ujud lagi sentimen yang sedemikian jika kita sedar ruang yang ada disekeliling kita. Apa yang perlu kita buat ialah merebuat segala peluang yang ada demi pembangunan bangsa dan generasi kita hari ini.
    Segala usaha dan keringat Ija harus diteruskan dan kita perlu keluar dari kepompong pemikiran yang jumud demi pembentukan minda kelas pertama. Semoga apa yang diusahakan mendapat berkat dan hidayat dariNya , inshaallah. Minta war-warkan kepada saudara serta saudari kita yg lain tentang blog ini. Sekian. TK.

    ReplyDelete
  3. Salam,saya di sini sekadar memberi pendapat dari hati ikhlas ini dan saya juga sebahagian dari saf AHLI PEMUDA UMNO CAWANGAN DI DALAM BALIK PULAU.Pemuda harus memberi peluang yang secukupnya kepada Saudara Aziaan untuk menjalankan tanggung jawab sebagai KPPUBBP.Pembaharuan yang cuba dibawa mencakupi semua bidang baik dari segi keagamaan ekonomi dan sosial pemuda.Insyaallah kita doakan Saudara Aziaan dapat menunaikan amanah dengan sempurna demi Agama Bangsa Dan Tanahair.

    ReplyDelete
  4. assalamualikum, hei geng pemuda sekalian, kita seharusnya bersatu untuk melaksanakan impian yang pemuda war2kan, hantar semua ajk pi belajaq ict ngan puan ija kita dan be a open minded, memang kekadang aku nampak ija ni dok bersembang ngan pr tapi korang ni semua open la sikit, ni tak sikit2 report maklumla nak poenaik saham sendiri, Azian pi hantaq ajk belajaq ict, sekarang ni pr amat luas pengetahuan pasal ict depa lebih advance dari kita oleh itu mai semua ajk dan pemuda-pemudi yang ada kat balik pulau mai belajaq ict, untung kita ada pusat internet desa kat bp tempat lain kena bayar kat sini free di tambah pula tenaga pelajar yang profesional dalam bidang ict, hang azian toksah dok diam lagi gerak kan depa yang dok tidoq lagi, HIDUP PEMUDA BALIK PULAU, berkidmat untuk rakyat, bersatu kita advance

    ReplyDelete
  5. AJK Pemuda Balik Pulau semua dah celik IT..cuma kaedah dan keberkesanan saja yang di cari.Tunggulah perubahan yang akan berlaku dibawah KP Aziaan.Cuma satu ja jangan ada yang jadi pengacau.AKIBATNYA BERPECAHLAH PEMUDA.

    ReplyDelete
  6. Salam ,

    Idea dan cadangan yg cukup baik dari yg melontarkannya. Sudah semestinya AJK pemuda amnya sudah ditahap celik IT dan mengunakan base IT ini sebagai medium untuk berinteraksi dengan masyarakat. Banyak blog2 pembangkang yg aktif dalam mempertahankan sesuatu isu yg mereka mainkan. Pemuda juga mesti berperanan sedemikian dalam mempertahankan apa juga isu yg dilontarkan baik dipihak pembangkang mahupun dari pihak kerajaan sendiri.
    Sdr. Azian boleh menghantar AJK utk celik IT namun mesti ada kesedaran dari AJK sendiri dalam mendapatkan ilmu. Kita sendiri mesti ada konsep celik ilmu sebelum orang lain boleh celikkan kita. Apa yg kita harapkan , ianya bukannlah sekadar omongan kosong atau mimpi disiang hari. Apa yg saya tahu AJK Pemuda ada Biro IT nya dan apakah fungsi Biro tersebut? Sudah setahun Biro ditubuhkan namun sampai sekarang tiada apa2 aktiviti yg dijalankan. Minta Sdr.Aziaan dapat jelaskan disini. Sekian.

    ReplyDelete
  7. Salam.setahu saya memang Biro IT telah dtubuhkan untuk saf kepimpinan AJK PPUBBP dan pada pendapat saya yg.bertanggungjawab adalah pengerusi,timb.dan AJK biro yg.bertanggungjawab mengaktifkan peranan Biro.KP hanya sekadar pemantau dan memberi nasihat..oleh itu peranan pengerusi adalah penting bagi menggerakkan biro2..skadar memberi pendapat.

    ReplyDelete
  8. kalau dah biro IT ada kenapa masih tiada apa2 perancangan? mungkin elok KP buat rombakan daripada membiarkan hal ini berluasa menjadi bahan ketawa pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  9. Hidup saudara Hisham Bin Abdul Hamid NKP Balik Pulau..

    ReplyDelete
  10. Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau akan diadakan pada 08.08.2009 ini.Kepada semua Perwakilan di sinilah tempat meluahkan hati dan perasaan demi memastikan Pemuda UMNO Balik Pulau dapat diperkasakan.

    ReplyDelete

Semoga saudara-saudara semua dapat menzahirkan idea-idea yang bernas untuk mempertabatkan lagi barisan saf Pemuda UMNO Balik Pulau.

Powered By Blogger