Tuesday, July 29, 2008

Matlamat Pemuda UMNO BalikPulau

Adakah Pemuda UMNO Balik Pulau mempunyai matlamat dalam wadah perjuangan mereka? Rata-rata dapat kita rasakan Pemuda UMNO Balik Pulau lebih gah dengan jawatan daripada matlamat perjuangan yang seharusnya dipikul bersama. Dimana kematangan Pemuda UMNO Balik Pulau pada hari ini? adakah cuma pandai bercakap dikedai-kedai kopi atau tomyam ? Ayuh kita bersama-sama mencurahkan idea dalam memantapkan matlamat Pemuda UMNO Balik Pulau.

46 comments:

  1. Matlamat Pemuda UMNO Balik Pulau adalah sama dengan matlamat UMNO Pemuda diperingkat tertinggi Malaysia. Tak semua Pemuda yang suka lepak dikedai-kedai kopi atau Tomyam. Yang saya tahu Pemuda UMNO Balik Pulau sekarang dah advance dengan idea-idea yang bernas dalam menjana pembentukan Pemuda yang lebih berwawasan.....

    ReplyDelete
  2. Pemuda korporat yang bercita2 besar untuk mengisi tembolok sendiri. Melepak bersembang pasal business. Mana dia pemuda buat prog utk tangani masalah sosial dan pelajaran anak2 Melayu. Cakap mai kat aku. Harap NGO lain saja. Itu pun NGO yang ada org politik ibaratkan hidup segan mati tak mau. Jadikan NGO sbg batu loncatan shj. Kami dulu pemuda UMNO BP, jauh sgt perjuangan dulu dgn hari ini. zaman Allahyarham Malik Anuar dan kemudian Syed. Dulu semangat lebih tapi berjuang dengan ikhlas. Tapi pemuda hari ini lebih bergaya dan ketrampilan dgn budaya korporat masing2. Pembangkang boleh ganyang jk pemuda2 begini dikatakan bakal pemimpin di hari esok!!!!Wahai pemuda sila respon sy tak suka berckp pasal prtandingan Ketua Bahagian. sy mahu lihat dulu apa pemuda dah buat di bwh Shah slama ini. Tahniah krn blog pemuda sdh ada. tapi jgn bagi sakit mata takut nanti turun ke hati...warna tak berapa sesuai..guna warna macm blog umnobalikpulau. TK

    ReplyDelete
  3. Pemuda tak berani, tak seberani Pak Tam rupanya. Kenapa komen perlu diapproved dulu oleh blogger. Saya cabar durian balikpulau buangkan sekatan itu jika anak jantan!

    ReplyDelete
  4. Tolong betulkan, tanah air tu samalah juga negara. Macam mana kata pemuda BP dah advance dgn idea-idea bernas??
    "Comment moderation has been enabled. All comments must be approved by the blog author" tolong buanglahhh.

    ReplyDelete
  5. Nak mintak tolong sket kepada Pemimpin Pemuda dan PU3... Memandangkan kita dah kalah banyak pada saluran 1 & 2... Di harap ada satu perubahan dapat dilakukuan pada kali ini..

    Maafkanlah saya kalau hanya pandai bercakap.... Saya adalah seorang mak dara yang sudah 2 orang anak2 kecil mempunyai limitasi dan kekangan dalam perjuangan bangsa kita....

    Bagi saya sendiri, selaku salah seorang penggerak di cawangan saya turut kecewa kerana sikap pu3 yang susah turun ke padang walaupun terdiri dari anak-anak dara dan masih mepunyai banyak masa berbanding dengan kami yang dah jadi mak dara ni......

    Suatu lagi berkenaan persedian dengan mesyuarat agung kami yang agak kabur di mana kami tidak diberikan protokol etika mesyuarat; buku perlembagaan; senarai dan alamat ahli; dan sebagainya.... Saya sendiri tidak puas hati dengan persediaan yang sedia ada... Mungkin salah saya kerana tidak mempunyai masa untuk berdiskusi dengan rakan seperjuangan dan orang atasan berkenaan sebelum mesyuarat agung pu3 cawangan diadakan..Hasilnya kami hampir tidak cukup korum bagi mesyuarat agung.. Sungguh memalukan.....

    Sehingga kini, saya masih rasa terkekang dan rasa terhad untuk terus berjuang dalam perjuangan bangsa melayu kerana limitasi-limtasi saya yang tidak dapat dielakkan...

    Oleh itu saya meminta bantuan pemuda & pu3... Untuk sama-sama bergerak membantu membangunkan anak-anak bangsa melayu kita yang agak kritikal nasibnya pada masa hadapan..

    Jika ada sumur di ladang,
    Bolehlah ku Menuai Padi,
    Jika ku punyai masa & peluang,
    Bolehlah ku Menanam Budi....

    Sekian, Terima Kasih......

    ReplyDelete
  6. Salam pada semua pemuda,
    Saya terpangil untuk meberi komen seperkara dua, sebab saya tertarik dengan inisiatif yang di ambil oleh pemuda umno balik pulau untuk mencipta blogger ini. Berbanding dengan kami pada masa yang lepas susah untuk berkomunikasi tapi perjuangan kami konsisten tak ada kepentingan peribadi. Berbanding dengan perjuangan pemuda sekarang.

    Persepsi rakyat terhadap pemuda umno khususnya, apabila menyertai UMNO maka kesenang dan kekayaan akan datang bergolek. Maka sebagai pemuda umno wajib mepertahankan tomahan ini.

    Pemuda UMNO tidak perlu menunjuk-nunjuk kesenangan ada untuk tontonan rakyak mahu pun ahli pemuda umno.Dengan penonjolan ini golongan pemuda tertarik minat untuk menyertai pemuda umno bukan untuk berjuang tapi sebaliknya. Jika kita tanya mereka untuk apa mereka menyertai UMNO, pasti mereka berkata mahu mengejar ksenangan dan kekayaan.
    Maka tanggungjawap pemuda umno lah untuk mengubah manteliti pemuda-pemuda di akar umbi.

    ReplyDelete
  7. salam pada semua,

    Saya tertarik dengan inisiatif yang diberikan oleh pemuda umno balik pulau untuk mencipta blogger ini untuk kita semua khasnya pada pemuda-pemuda bahagian Balik Pulau.

    Kalau lah nak bandingkan dengan kami sewaktu pemuda dulu tiada kemudahan seperti ini, tapi kami memahami asas perjuangan. Cuba kita lihat pemuda sekarang ini masuk ahli umno jadi pemuda dah tunjuk kesenangan, seolah-olah pemuda umno lah flatfom untuk mereka senang. Itu yang rakyat pedih mata dengan pemuda umno.

    Maka jadi tugasan utama pada kepimpinan pemuda umno balik pulau lah untuk mengembalikan imej UMNO. Agar umno dikenang untuk selama-lamanya. Hidup UMNO.

    ReplyDelete
  8. Pemuda dengan sikap mereka yang lebih mementingkan kegahriahan status daripada perjuangan yang jitu.

    ReplyDelete
  9. Tahniah kepada semua rakan-rakan seperjuangan dalam mencetuskan idea didalam blog ini. Pandangan yang membina seharusnya diterima dengan hati yang terbuka. Terima kasih diatas komentar-komentar saudara serta saudari dalam mmeperkasakan lagi blog Pemuda UMNO Balik Pulau ini. Teruskan melahirkan idea-idea yang jitu demi perjuangan Agama , Bangsa dan Tanah Air tercinta. Tahniah!!

    ReplyDelete
  10. Kita seharusnya lebih bersedia dan faham dengan apa yang perlu kita lakukan daripada melakukan apa yang kurang kita faham. Harap teman-teman kita dapat membantu komen mak dara.

    ReplyDelete
  11. salam buat semua pejuang umno..
    satu perkembangan yang sihat dan baik apabila blog pemuda juga diilhamkan untuk semua bloggers..

    'dulu,kini,selamanya' adalah cukup sinonim dengan umno..tetapi motto umno ini tidak mencerminkan zahirnya..kita tidak boleh membezakan perjuangan dahulu dengan kini kerana kita sedar bahawa jurang perbezaan terlalu banyak..

    dulu misalnya tidak mempunyai blog sebegeni..perkembangan teknologi maklumat merentasi masa dengan begitu pantas..media masa seperti tv dan surat khabar sudah tidak diguna pakai..internet manjadi penghubung maklumat yang paling efektif dan berkesan..

    dulu misalnya gejala sosial seperti rempit,bohsia,punk dsbnya tidak pernah kita dengar pun..sekarang dah jd trend remaja kini..wujudlah berapa banyak balai polis dan anggotanya..gejala sosial tetap meningkat..tetapi pemuda umno tetap tidah berubah juga..

    siapa kata pemuda sekarang tidak memainkan peranan dan tidak aktif, tidak mempunyai idea yang bernas..taraf pendidikan sekarang tidak sama dengan dahulu..kalau dulu berbekalkan spm sudah cukup untuk menjawat sbrang jawatan tapi kini ijazah pun belum tentu menjaminkan masa depan..idea yang diberikan pemuda kini untuk memperjuangkan orang melayu selalu disalah ertikan, selalu dianggap tidak relevan, selalu ditolak dan mcm2 lagi..ini hakikatnya..peruntukkan tidak pernah diberi untuk pemuda menjalankan perlaksanaan program..nak buat prog pun kena pakai duit juga..bukannya semua free..dulu rm2 ribu dan boleh buat program satu parlimen tapi kini peringkat cawangan pun belum tentu lagi..

    fikirkanlah..jangan kita bandingkan dulu dan sekarang kerana ternyata banyak jurangnya antara dulu dan kini..kita pun sedia maklum..kos sara hidup pun semakin meningkat..pendidikan pun semakin mencabar..ekonomi pun semakin pesat..kemajuan teknologi maklumat pun semakin deras meninggalkan kita dibelakang..dunia kini pun dah tak ada sempadannya..globalisasi..

    cuma apa yang saya nak tekaNkan..PERCAYALAH, SETIAP ORANG MELAYU KHUSUSNYA PEMUDA BALIK PULAU JUGA MEMPUNYAI NIAT DAN HATI YANG SAMA SEPERTI PEJUANG MELAYU DAHALUNYA JUGA..TIDAK MAHU MELAYU DIPERKOTAK KATIKKAN..TIDAK MAHU MELAYU DIPERLEKEHKAN,,TIDAK MAHU MELAYU DILETAKKAN GOLONGAN KELAS KEDUA..TIDAK MAHU MELAYU DINAFIKAN HAK2 KEISTIMEWAANNYA DAN YANG PALING PENTING..TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA..

    marilah kita semua bangsa melayu bersatu tidak kira fahaman politik yang berbeza,,tidak kira peringkat umur..tidak kira jantina kerana kita semua adalah MELAYU...

    ReplyDelete
  12. Salam semua,

    Saya terpanggil untuk mengarang blog kerana inilah dikatakan ruangan paling sesuai saya menyuarakan isi jati saya kepada semua.. Sesuai dengan keadaan seorang ibu yang bekerjaya yg sangat-sangat sibuk....

    Terus terang saya katakan, jiwa saya memberontak untuk bangun utk mempertahankan bangsa melayu dan agama islam. Tujuan saya memasuki UMNO juga adalah tujuan yang sama.

    Tapi dengan adanya penyatuan orang melayu dengan parti UMNO dan PAS yang telah dicadangkan oleh Nik Aziz telah membuka hati saya untuk berfikir.. Bagi saya, penyatuan melayu ini adalah amat baik dan sepatutnya memberi manfaat kepada semua orang melayu.

    Bagi saya, hang parti pas ka?? hang parti UMNO ka??? Perjuangan kita tetap sama iaitu mempertahankan bangsa melayu dan agama islam.

    Oleh itu, saya rasa ini adalah usaha bagus dan saya tidak nampak kenapa ia tidak perlu dipraktikkan..

    Memang kita sayang dengan Parti UMNO yang sekian lama menjadi warisan nenek moyang kita tetapi apakah anda juga fikir sekiranya kita tidak bersatu(UMNO & PAS), bangsa melayu akan terus dapat bertahan di Pulau Pinang dan lebih memalukan di Perak.

    Saya agak risau jika penyatuan ini tidak dapat dijalankan. Bangsa melayu akan musnah memandangkan bangsa melayu hanya 40% di Pulau Pinang berbanding dengan bangsa asing. Adakah anda semua mahu negeri kita menjadi Singapura.. Jangankah sejarah berulang kembali..

    Maafkan saya, pemikiran saya tidak dapat menjangkau pemikiran org yg lebih berilmu dan pengalaman... Bagi saya, kita patut utamakan bangsa melayu berbanding jawatan dan kuasa yang sedia ada. Insya Allah, jika anda seorang pemimpin yang baik.. Maka peluang memimpin dan kuasa masih akan berkekalan... Insya Allah....

    Akhir kata, maafkan saya jika tersalah kata... Maklumlah saya hanya ahli PU3 yang masih baru dalam dunia politik... Saya cuma sayangkan bangsa melayu dan tidak juga membenci bangsa asing...Jangankan sehingga kita tertindas di tanah air kita sendiri..

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Ija, saya sbg seorang ahli Pu3 di Bahagian Balik Pulau amat kagum dengan pendapat dan pandangan saudari tentang cadangan dan saranan saudari pada Pergerakan Pu3. Tentang tatacara mesyuarat Pu3 cawangan, saya rasa kita semua menghadapi masaalah yg sama, tidak ada kefahaman tentang mesyuarat secara detail dan kesukaran tahun ini juga adalah kita tidak dibekalkan senarai ali Pu3 yang lengkap dengan ALAMAT. Apa yang saya tahu Pu3 Bahagian telah melancarkan kempen JEJAK AHLI, tetapi masaalah yang dihadapi, kita tidak diberi alamat lengkap ahli yang bakal kita JEJAK.Dalam PERASMIAN MESYUARAT CAWANGAN2 yang diadakan di BALORA, Ketua Pu3 B.Pulau telah memohon semua Ketua2 Cawangan untuk memberi kerjasama kepada PU3, WANITA dan PEMUDA untuk dibekalkan alamat ahli masing2. Tapi saya rasa sampai mesyuarat dijalankan tidak ada Pergerakan yang mendapat butir terperinci ahli masing2.
    Saya juga amat kesal kerana Mesyuarat pada kali ini semua Pergerakan Wanita diminta untuk menjalankan mesyuarat masing2 selepas Mesyuarat Pu3 habis bersidang(sila rujuk dlm buku SOAL JAWAB PERSIDANGAN yang diedarkan oleh SU UMNO BAHAGIAN)tetapi apa yang terjadi, Wanita memulakan Persidangan mereka semasa Pu3 sedang bersidang.
    Bagi kami ahli Pu3 amat kesal kerana Ahli pu3 yang layak untuk mengadiri Persidangan WANITA ditinggalkan. Hak mengundi kami tidak dipedulikan.
    Ada satu tempat(SG Pinang) yang mana ketua kami menang dicalonkan sbg KETUA WANITA CAwangan, telah diberi notis untuk tidak berucap terlalu panjang. KENAPA INI HARUS TERJADI?????? MAna hak kami sebagai Wamita muda yang mahu sama2 berjuang......tetapi tidak diberi ruang??? Sesiapa TOLONG JAWAB

    ReplyDelete
  14. Salam kepada pu3;
    Saya minta Pu3 ada blog dia sendiri. Melalui blog, ahli-ahli pu3 boleh beri pandangan dan komen supaya pihak berkenaan tahu dan ambil tindakan.

    ReplyDelete
  15. Salam semua ,

    Tahniah kerana mengunakan lama blog ini dengan sebaik mungkin. Jagalah keharmonian sesama kita jika kita mahukan pembaharuan di Balik Pulau amnya. Pergaduhan tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada kita malah ianya akan membawa kepada kerugian yang teramat. Blog ini disediakan kepada semua ahli UMNO Balik Pulau amnya untuk menyuarakan rasa hati terhadap perjuangan dan arah tuju.
    Sama ada dari sayap wanita , puteri atau pemuda ianya bukan menjadi persoalan dalam kita menyuarakan pendapat dan teguran yang membina.Tiada apa yang perlu kita selindungi dalam menyuarakan apa yang terpendam kerana masyarakat kita hari ini tidak lagi buta dan pekak. Kita rata-rata berpendidikan dan tahu menilai apa yang baik dan buruk dalam memperkatakan sesuatu yang berlaku disekeliling kita.
    Wanita dengan masaalahnya yang tersendiri , Puteri dengan masaalahnya yang tersendiri dan Pemuda juga tidak lepas dari masaalahnya yang tersendiri. Dalam pemilihan ada berbagai-bagai cara dan usaha yang dijalankan demi membawa kepentingan seseorang dan tidak kepada kepentingan UMNO itu sendiri. kita terlalu bimbang kepada bayang-bayang yang kita reka sehinggakan kita meletakkan kepentingan kita mengatasi kepentingan agama , bangsa dan tanahair yang kita semua cintai.
    Maka dengan itulah kita dapat lihat kebannyakan mesyurat dijalankan tampa merujuk kepada tata susila persidangan dan undang-undang UMNO itu sendiri meskipun telah diberi penjelasan yang begitu terperinci dari pehak atasan pengurusan. Sampai bila kita harus bersekongkol dengan masaalah sedemikian??? sampai bila kita harus menjadi "Balachi" dan semapai bilakah kita harus melihat perbuatan yang tidak berpenghujung ini berterusan didalam UMNO??? Sistem yang ada tidak diguna pakai dengan sebaiknya malahan kita mengubahsuai sistem dengan sesuka hati kita tampa merujuk kepada kepentingan UMNO.
    Cemuhan dan cercaan sudah menjadi hidangan dan santapan kita sehari-hari malah kini kita tidak lagi beradap dalam meratah apa yang bukan milik kita demi memperjuangkan nasib sebilangan kita yang rakus dalam mengejar impian yang dicita-citakan.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Durian BalikPulau dan rakan2 yang lain.
    Saya amat berbangga dengan pendapat yang disuarakan oleh durianbalikpulau. Sememangnya perjuangan kita ahli2 UMNO baik dahulu sehingga hari ini adalah satu bentuk perjuangan yang cukup ikhlas. Cuma yang tak ikhlasnya adalah orang2 yang memegang jawatan dan ingin mempertahankan Jawatan. Tidak ada lagi keikhlasan dalam perjuangan Politik mereka. Mereka sangup menggunakan orang lain untuk memusnahkan oang lain untuk kepentingan dan kedudukan mereka.Dari situ ahli sesama ahli berpecah, tuduh menuduh, fitnah memfitnah berleluasa dimana2.yang tak bersalah dipersalahkan, yang salah dilindungi kesalahannya demi kepentingan sesaorang.
    Orang yang merancang strategi menyembunyikan diri, takut untuk tampil diri tetapi mengunakan orang lain untuk menjadi balaci.
    Apa yang diharapkan kepada orang2 yang terlibat ini, hentikan lah perbuatan keji anda, kerana didunia anda boleh bermaharajalela, tapi diakhirat nanti berdepanlah anda dengan ALLAH SUBHANAHUWATAALA.
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Pemuda hari ini semakin membimbangkan dari segi perebutan kuasa dan jawatan dalam parti. Masing-masing cuba menjatuhkan sesama sendiri demi memperjuangkan kepentingan masing-masing. Golongan bawahan ditipu hidup-hidup dengan amalan kepentingan diri sendiri yang membawa kepada keruntuhan perjuangan bangsa melayu itu sendiri. Apa yang dicari hanyalah orang tertentu sahaja yang mengetahui tampa menghiraukan sensitiviti saudara-saudara kita yang lain.
    Kita sebenarnya tidak berpijak dibumi nyata apabila terlalu taksub mengejar impian sehinggakan sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai matlamat diri sendiri.
    Perjuangan bangsa tidak diambil kira lagi dan yang kurang peka akan terus leka dibuai mimpi indah buatan saudara-saudara kita yang rakus dengan jawatan. Pada mereka jawatan adalah segalanya dan mereka lupa akan bahagian yang menanti mereka diakhirat kelak.
    kata mengata sudah menjadi amalan kita diakhir zaman ini dan tiada lagi segan silu dan adab dalam menabur fitnah dan dusta sesama kita.
    Tahukah kita tiada jalan mudah menuju kejayaan dan seharusnya biarlah kita berjaya hasil dari titik peluh yang ikhlas dan bukannya dari keringat orang lain . Sama-samalah kita fikirkan.

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum kepada semua yang melayari blog ini.cuma sedikit saja yang saya nak lampirkan iaitu tentang perjuangan pemuda masa sekarang ini.tolong la jangan mengeruhkan lagi keadaan umno yang semakin tenat ini.bersama samalah kita membangunkan umno ini.bukannya kita saling nak menyalahkan sesama kita.apa yang saya nak katakan ini adalah janganlah kita aling berbalah sesama kita.apa yang kita dapat.cuma mengeruhkan lagi keadaan

    ReplyDelete
  19. salam
    saya tertarik juga dengan pandangan pemuda zaman sekarang ini tetapi janganlah terlalu emosional sangat.saya syorkan agar pemuda tidak mendengar mendengar sebelah pihak sahaja.seperti kita sedia maklum sekarang ini.pemuda balik pulau terlalu fanatik terhadap ketuanya.semuanya yang diceritakan oleh ketuanya adalah betul.periksa la dulu. jangan la percaya bulat-bulat.ada juga yang tak betul dilakukannya.pemuda nampak yang betul saja.yang dia buat salah pemuda tak nampak pun.saya bagi contoh sikit ja. kita tengok la orang yang baik dengan dia masa dulu.pandang la pada mereka.apa dah jadi pada mereka tu.A.J.K pemuda balik pulau sekarang pun bukannya baik pun.cuma pandai mengata saja.bawa mek indon pandai la.macam ni kah kita nak jadikan mereka sebagai pemimpin.kalau nak lingkupkan umno sokonglah pemuda macam ni.apa yang saya nampak selepas azian nanti akan haru birulah pemuda dibawah pimpinan hisyam.seperti kita lihat betapa fanatiknya dia terhadap shahidan.latar belakangnya juga tak berapa elok.

    ReplyDelete
  20. ASKUMM.
    Yang terbernama..tolong bg sat nama yang tuan anggap elok dan baik...kot kot lah ada nanti kita undi semasa pemilihan AJK pemuda nanti....saya tunggu tau...bye

    ReplyDelete
  21. askum jika hisyam tak bagus, selepas ini saya syorkan syukri lebih baik dari dia.baru la pemuda kita akan maju kedepan macam dia.saya ingat syukri seorang pemimpin yang baik pada masa sekarang ini

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum
    apa yang saya nampak sekarang ni si hisyam telah menyusun ahli jawatankuasanya sendiri.ini adalah peringatan kepada azian. jangan sampai kena cucuk hidung nanti. terus terang saya cukup tak berminat dengan hisyam. disebabkan oleh itulah saya syorkan kita menyokong mat arip. kita tengok la sendiri perwatakan hisyam ni.pernahkah ada orang nampak dia pi sembayang jumaat.sembayang 5 waktu tak payah tanya la.ada bini punya lawa pun masih simpan perempuan lain lagi.sampai bercerai.ni pun ada bini baru masih lagi keluar dengan orang lain.memang dasar jantan tak guna. macam nikah kita nak jadikan pemimpin. elok la dia naik kereta no.plat JGB Jantan Gila B.r.t (pompuan punya)

    ReplyDelete
  23. Ass'kum kepada semua pembaca blog ini...

    Saya ini bukanlah penyokong saudara Hisyam pun tp saya nak tanyalah sikit kepada kiri kanan, apa matlamat tuan supaya perwakilan pemuda menyokong saudara mat arrip....?, Dari kenyatan tuan ni saya rasa tuan ni adalah penyokong kuat saudara arrip dan anti hisyam, boleh tuan terangkan agenda yg nak di bawa oleh saudara arrip dlm pemuda bahagian balik pulau dan keburukkan saudara hisyam, apa betul ke saudara hisyam yang atur semua ajk dlm pemuda bahagian yang akan di terajui oleh saudara azian....? kalau betul nyatakan lah siapa org2 kuat di belakang saudara hisyam....?

    YANG INGIN MENGETAHUI....?

    ReplyDelete
  24. aslkm...

    sebenarnya dari dulu lagi saya banyak memerhati,membaca dan menilai apa yang telah diterjemahkan dalam blog ini.buat pertama kalinya saya rasa diri ini terpanggil untuk menyatakan semakin hari semakin orang melayu khususnya golongan muda sekarang lebih menjurus ke arah memecah belahkan antara satu sama lain..

    sayang seribu kali sayang jika kita orang melayu asyik mencari kelemahan dan kesalahan orang....apa yang saya nampak masalah peribadi dijadikan mekanisma baru untuk menjatuhkan orang lain.....

    antara azian, hisyam ,ataupun mat arip semuanya adalah pemuda yang mempunyai misi dan matlamat untuk memartabatkan generasi muda khususnya pemuda umno bp.....

    kenapa kita tidak pernah dan mahu memberi peluang kepada mereka untuk bersama-sama mejana kemajuan umno...jika masalah peribadi di jadikan ukuran, percaya atau tidak, tiada seorang pun yang layak di katakan BERSIH.......ini adalah kenyataan...SIAPA YANG TIADA MASALAH????????????????????????????????????????????????

    kepimpinan seseorang itu wajar dinilai berdasarkan reputasi dan komitmen yang ada.....bukan dari masalah peribadinya...

    kepada yang ada teruskan sokongan kepada mereka yang akan menerajui dan memimpin pemuda umno bp akan datang....HENTIKAN lah sebarang tomahan dan fitnah terhadap sesiapa saja kerana budaya ini boleh merosakan bangsa ini....

    TERUSKAN PERJUANGAN...HENTIKAN SENGKETA....MARTABATKANLAH BANGSA MELAYU DI MATA DUNIA....

    ReplyDelete
  25. Asalammualaikum semua sahabat2 yang dihormati ,

    Pandangan serta cetusan idea dari semua amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terimakasih diatas kesudian saudara serta saudari yang tidak pernah jemu untuk bersama-sama menyumbang idea kepada blog ini.
    Seperti yang semua sedia maklum , blog tidak diciptakan untuk kita menyalahkan atau menyebar fitnah serta tohmahan kepada sesiapa akan tetapi objectifnya adalah untuk penyatuan bangsa Melayu serta menyalurkan maklumat yang berguna untuk semua demi perjuangan Agama , Bangsa serta tanahanir tercinta.
    Sebaik-baiknya kita tidak menunding jari atau memfokuskan kepada individu itu sendiri akan tetapi lebihkan fokus kita kepada perjuangan Pemuda Umno Balik Pulau . Kemana akan kita bawa dan kita corakkan warna Pemuda melainkan kearah Pemuda yang lebih matang , berdaya maju dan berpendidikan yang lebih baik dari apa yang sedia ada. Tampa kekuatan yang ada didalam diri kita sendiri maka agak sukar untuk kita dapat mencapai matlamat perjuangan yang kita impikan selama ini.
    Kita kumpulkan segala kekuatan yang ada didalam kesatuan Melayu demi keutuhan yang kita harapkan dimasa hadapan demi anak bangsa kita yang memerlukan kepimpinan yang berkalibar dalam merialisasikan matlamat perjuangan.Lihat saja pergolakan yang ada sekarang semakin hari kini semakin meruncing jika kita semua masih asyik bercakaran sesama sendiri.Tumpukan sepenuh perhatian kita kepada masaalah dalam parti dan mencuba dengan sebaiknya memperbaiki apa yang perlu dalam menambah baik pulih masaalah tersebut .
    Plan strategi perlu diatur dengan lebih teliti dalam menentukan jatuh bangun Pemuda Umno Balik Pulau dalam menuju matlamat perjuangan yang masih belum selesai. Bersama-sama lah kita terus-terusan memberi cetusan idea dan semangat buat semua dalam merencanakan matlamat Pemuda Umno Balik Pulau kearah yang berwawasan dan dihormati, inshaalah. Wassalam.

    ReplyDelete
  26. nama sesapa pun yg dikatakan terbaik dan plg mampu pikul tanggungjawab...mesti la dia seorg yg BERSIH...jgn main kotor..skang nie pun apa yg dah terjd...mmg berlaku politik kotor di Bahagian Balik Pulau...kerana jawatan sggup buat apa sj..kerana jawatan sggup gadaikan prinsip perjuangan UMNO sebenar..

    ReplyDelete
  27. Saudara2 Ku ,

    Nampaknya gelora politik dalam UMNO lebih membimbangkan daripada gelora politik luaran parti. Sesama kita asyik hentam menghentam sesama sendiri demi kepentingan individu. Kita sebenarnya terlalu bimbang dengan bayang2 kita sendiri daripada memperkasakan diri untuk berjuang mati2an demi agama , bangsa dan negara.
    Sampai bilakah kita harus bersengketa demi perjuangan sendiri yang tiada berpenghujung???? Tidakkah kita seharusnya perlu memikirkan bagaimanakah seharusnya untuk kita mempertahankan agama , bangsa dan negara daripada dimamah bangsa yang tidak pernah kenal erti jemu berjuang dan terus-terusan berjuang merampas hak yang bukan milik mereka????
    Saudara2 ,
    Kita sebenarnya sudah kesuntukan masa untuk memikirkan masaalah kita sendiri dan yang perlu sekarang ialah mengatur langkah dan bersatu serta memperkuatkan saf barisan untuk berjuang.

    ReplyDelete
  28. salam...

    kenapa kita mesti cabar mencabar,,,kritik mengkritik...


    melayu dah nak hancur pun masih,,,,nak gaduh lagi ker...


    bodoh punya melayu...
    buta perut punya melayu...

    ReplyDelete
  29. Tunjukkan program pemuda Balik Pulau selama Shah jadi Ketua Pemuda. Jangan pandai bercakap aje. Jika pemuda UMNO Balik Pulau kerja kuat sejak dia jadi ketua, kenapa berlakulah saluran 3 dan 4 golongan muda memberi undi kpd pembangkang? Selaku org lama dlm umno balk pulau saya dapat bandingkan pemuda dulu dan sekarang? Tak payah berlagaklah Shah hoooiiii, sapa tak kenal kau. Apakah parut lama boleh dihilang begitu shj!!

    ReplyDelete
  30. alahai pemerhati umno:

    takkanlah tak tau orang muda cam aku nie dan 'letih' ngan pemuda balik pulau termasuk satu malaya dah tau, hari2 jemu gak, insyAllah pada pru 13 sebanyak 30peratus pengundi baru orang muda... tunggu keh..keh...

    ReplyDelete
  31. Salam, sekali lagi saya muncul sekali sekala... Sori la tak masuk blog pu3 sebab masih tak ada(betul ke???).....

    Para pembaca yang saya hormati... Sekali lagi saya berasa hampa kerana perjuangan matlamat UMNO sudah terpesong. Nasib bangsa tidak diendah. Yang menjadi buruan adalah kuasa dan pangkat..

    Yang ada kuasa, tak jujur....
    Yang tak ada kuasa tetapi jujur, jadi balaci orang pulak......
    Yang nak naik, dicerca pula.....
    Yang buat kerja, semua tak betul..
    Yang x buat kerja, itulah dikatakan 'melayu'...

    So, saya pun bukannya pandai sangat... Saya rasa soal rebutan kuasa perlu ditinggalkan.. Kebanyakan calon-calon yang sedia ada pun, saya dengar macam-macam cerita tak elok.. Entahkan betul atau tidak...

    Apa yang kita perlu fokuskan, ialah nasib bangsa melayu di Pulau Pinang yang hanya ada 40% sahaja.... Itupun belum semuanya masih bersatu...

    Apa yang saya nampak, kita perlu bergabung dengan gerakan MIC&MCA dalam Barisan Nasional untuk naik semula....

    Kita perlu bertolak ansur dengan kaum lain, supaya kita tidak tertinggal jauh...

    Tak boleh nak sombong macam dulu... Dulu bolehlah...

    Sekarang, kita perlu bekerjasama & bersatu padu dengan mereka. Terapkan nilai perpaduan. Jangan tamak dalam semua hal.....

    Selama ini, apa yang saya dengar dari kaum cina (dulu saya kerja HSBC)... Melayu tamak, Kami terpaksa score tinggi utk masuk Universiti, Kami terpaksa bekerja keras utk cari rezeki sendiri, Kami tak pernah harapkan bantuan kerajaan kami tahu kerajaan utamakan melayu.... Kami susah nak dapatkan tender kerajaan dll...

    Tapi memang benar, jika di kilang-kilang pun... Mereka yang conquer... Mana nak pilih kaum melayu nak kerja hebat2.. Peluang Bussiness bagi kaum mereka jugak..

    Oleh itu, 2-2 kesedaran perlu ada antara 2 kaum ini jika mahu terus hidup bersama.....

    Jadi saya ingin mendapat pendapat orang yang pakar lebih dari saya, bagaimana untuk memasang strategi utk menarik kembali terutamanya orang muda bersama UMNO. Dan juga kaum Cina dan India untuk kembali bersama Barisan Nasional.......

    Sekian.

    ReplyDelete
  32. nampaknya pemilihan pemuda umno telah habis.saya berpendapat team pemuda kali ini nampak mantap.saya berharap sangat tunaikanlah amanah yang telah diberi.janganlah duduk diam saja selepas ini.HIDUP PEMUDA

    ReplyDelete
  33. kawan-kawan,

    Memandangkan pemilihan bahagian kita dah tamat, dan pemimpin-pemimpin sudah dipilih. Maka, sudi lah saya membuat beberapa cadangan berdasarkan pengamatan saya dan pengalaman saya sebagai golongan profesional yang masih setia lagi di dalam UMNO. Nasib baiklah keluarga saya memang ahli UMNO juga.

    Ini adalah kerana kita pun tahu kebanyakan golongan profesional muda kurang berminat dengan UMNO kerana ada segelintir yang suka mengambil kesempatan di atas peluang-peluang projek dan kontrak daripada kerajaan.

    1 - Daftarkan ahli-ahli pemuda kita dengan program-program seperti di Akademi Bina Negara. Banyak kursus pendek dan pertengahan yang ditawarkan - seperti operate kren, wiring electric, dan bermacam lagi. Saya difahamkan, bayaran yang dikenakan begitu minimum, dan disubsidi oleh kerajaan.

    Saya telah berkongsi dengan YB Datuk Ketua Bahagian baru-baru ini, dan beliau nampak begitu berminat sekali. Harap pemuda boleh proaktif untuk recommend ahli-ahli. Mungkin Datuk boleh dapatkan pembiayaan, sebab memang tak mahal pun.

    Amat rugi kalau tak ada orang melayu yang ada kemahiran istimewa ni (specialized skill) kerana difahamkan kren operator pun dibayar dalam RM3000 sebulan. Tinggi lagi daripada gaji permulaan jurutera seperti saya ni.

    2 - Program-program anjuran kementerian, seperti Kementerian Keusahawanan dan Koperasi, Kementerian Pertanian, dan lain-lain.

    Saya ambil contoh, Kementerian Pertanian ada membuat kursus nelayan laut dalam untuk golongan muda. Difahamkan wanita pun ada yang join program ni. Kalau nak jadi petani tuu, pastikan subsidi diesel tidak dijual, paip dan baja percuma pun jangan dijual. Pada pengamatan saya, banyak juga orang melayu kita ni suka buat untung cara macam ni.

    Harapan saya, agar kepimpinan pemuda dapat buat skill-matching ni dengan kementerian-kementerian yang terlibat. Saya melihat pegawai-pegawai kementerian lebih selesa untuk menolong bangsa kita sendiri. Jadi, ambillah peluang ni.

    3 - Program keusahawanan. Yang ni, biarlah mereka yang dah ada bisnes sendiri menyertai program kerajaan. Boleh check di SMIDEC, Bank Negara, MIDF, bermacam-macam jenis geran dan pinjaman mudah (soft loan) yang kerajaan bagi - banyak juga diberi keutamaan kepada Bumiputera (kita lah tuu).

    Cuma, yang menghairankan saya juga, bangsa cina memang pandai dalam selok-belok mendapatkan geran dan pinjaman mudah ni.

    Saya kurang menyokong program keusahawanan ni kerana banyak antara kita yang tidak suka cermin diri sendiri sebelum terjun ke dalam bidang perniagaan ni. Ini kerana ia memerlukan tahap disiplin yang sangat tinggi, serta kemahiran asas terutama dalam perakaunan. Selain itu, daya kepimpinan juga mesti ada.

    Saya juga agak sedih kerana rata-rata pemuda kita suka terikat dengan kerja-kerja kontrak dan bergantung nyawa dengan projek kerajaan. Kalau tak ada, projek, mulalah gelabah.

    Tapi, seperti yang kita tahu juga, banyak di kalangan kaum cina yang memonopoli bidang bisnes ni. Mungkin pemuda dapat jadi penggerak ke arah penyertaan lebih ramai bumiputera lagi?

    Seelok-eloknya saya cadangkan supaya lakukan 2 perkara pertama yang saya sebut di atas dahulu. Geran-geran dan pinjaman mudah yang saya sebutkan di atas tu pun bukan mudah nak dapat. Sekurang-kurangnya dah ada bisnes footing, baru boleh buat permohonan.

    Luangkan masa check di internet, sebab memang banyak maklumat berkenaan program kerajaan yang boleh diperolehi.

    Penutup - Banyak lagi perkara yang mahu saya utarakan, tapi biarlah kepimpinan Pemuda buat penilaian terhadap cadangan saya ini. Banyak juga yang telah saya cadangkan kepada Datuk Ketua Bahagian. Datuk juga bersetuju dalam banyak hal, malahan bersedia beri pertolongan kepada mereka yang berminat. Tapi, cara yang terbaik harus datang daripada pihak Pemuda sendiri - harap Sdr Azian boleh ambil perhatian, kerana saya rasa beliau dan barisan kepimpinan pemuda yang lebih memahami situasi pemuda di Balik Pulau ni.

    Sekian, terima kasih

    ReplyDelete
  34. Salam Pemuda Biasa dan Pembaca sekalian,

    Menyentuh hal keusahawanan, sudi saya berkongsi dengan rakan pembaca bahawa Pusat Internet Desa Balik Pulau, di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi telah menubuhkan jawatankuasa Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau yang diterajui oleh Encik Yuhezri dengan dibantu oleh Encik Nasir Sobri, Encik Ferdaus dan beberapa AJK dan pemimpin tempatan bagi membangunkan hal-hal usahawan tempatan tanpa mengira bangsa, agama dan politik.

    Tujuan saya memberitahu hal ini tidaklah pula memfokuskan kelab ini hanya untuk orang UMNO atau mengikut kategori tertentu tetapi saya ingin mencadangkan sebarang usahasama dan program boleh dijalankan bersama bagi membangunkan usahawan dan perkongsian idea serta mempraktikkan kemahiran ICT dalam dunia usahawan....

    Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi kami dan kami menjadi hos @ inkubotor @ program @ sebagainya di pejabat kami... Untuk maklumat lebih lanjut program ini bolehlah lawati http://usahawan.balikpulau.org

    Sekian, Terima Kasih............

    ReplyDelete
  35. saudari ija,

    silalah tinggalkan contact number pejabat, senang untuk buat rujukan, terima kasih

    ReplyDelete
  36. salam cik ija,

    saya melayari website kelab usahawan ni, boleh tak jelaskan secara terperinci dari segi bantuan yang disediakan oleh kelab ini?

    maksud saya, adakah ia memberi tunjuk-ajar dari segi internet marketing atau macamana?

    search-engine optimization? google adsense/adwords? ataupun listing di mana-mana website popular?

    mohon jasa baik cik jelaskan. terima kasih

    ReplyDelete
  37. Terima Kasih kerana bertanya.....

    Sebelum saya pergi dengan lebih lanjut, biarlah kami berterus terang bahawa kami adalah badan bukan berasaskan keuntungan tidak seperti MARA, TEKUN, & BELIA yang mempunyai dana untuk membantu para usahawan.

    Kami juga bukan expertise dalam bidang keusahawan malah masih belajar dari pengalaman rakan-rakan komuniti usahawan yang sedia ada.

    Tapi apa kelebihan Kelab Usahawan dapat disediakan ialah :

    *PENYEDIAAN INKUBOTOR/KEMUDAHAN PEJABAT KEPADA AHLI USAHAWAN SEPERTI FAX, KOMPUTER, INTERNET DAN SEBAGAINYA DI PUSAT INTERNET DESA BALIK PULAU

    *PERKHIDMATAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN DAN e-PEROLEHAN, KURSUS JUGA DISEDIAKAN

    *MENYEDIAKAN BEBERAPA PELAN PERNIAGAAN & PELAN RANGKA PERNIAGAAN

    *MENYEDIAKAN SENARAI BANTUAN KEWANGAN

    *LATIHAN OLEH PEGAWAI BERTAULIAH DARI MASA KE SEMASA

    *DISKUSI DAN AKTIVITI PEMBANGUNAN USAHAWAN OLEH KUS

    *LATIHAN ICT SEPERTI MEMBUAT LAMAN WEB & BLOG, DIGITAL STORY TELLING, e-MAIL, FACEBOOK, FLICKR AKAN DIBERI DARI MASA KE SEMASA ATAU TERUS MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT DARI PETUGAS DI PUSAT INTERNET DESA BALIK PULAU.

    *MENGIKLANKAN PRODUK JUALAN ANDA DI DALAM WEBSITE YANG AKAN DISIARKAN SEPANJANG TAHUN.

    *MENGIKLANKAN PRODUK JUALAN ANDA DI DALAM FLYERS YANG AKAN DIEDARKAN DI DALAM SURAT KHABAR SEKITAR BALIK PULAU SETIAP BULAN.

    *MENYEDIAKAN JAWATAN KOSONG, PELUANG PEKERJAAN DAN KERJA-KERJA SECARA ONLINE(www.tcenter.com.my)

    *PENYEDIAAN PELBAGAI RANGKAIAN KERJASAMA DAN PELBAGAI LAGI………………………….

    *SETIAP AHLI DIGALAKKAN MENGGUNAKAN kusbp@yahoogroups.com DAN FACEBOOK untuk mendapatkan info terkini dari kelab.

    ***********************************

    Untuk makluman saudara, KUS BP ini baru sahaja ditubuhkan pada Julai 2008 dan masih mentah. Kami memerlukan sokongan komuniti tidak mengira bangsa, agama dan politik untuk menjayakan program ini...

    Sekiranya, saudara dan rakan-rakan mempunyai kelebihan untuk dikongsi bersama rakan-rakan ahli. Maka,digalakkan untuk berkongsi bersama dengan rakan-rakan kongsi melalui diskusi atau program-program yang dirancang.

    Sekian, Terima Kasih..

    Harap ada makluman positif dari anda semua.... Salam muhibah....

    ReplyDelete
  38. Terlupa pulak nak bagi contact number :

    Untuk sebarang details mengenai Kelab Usahawan Sosial Balik Pulau. Sila hubungi Ija - 019-579**** atau pejabat : 04-8662706.
    e-mail : sitihuraizah_abdulrahman@yahoo.com

    Alamat :......alaaaa.....sebelah pejabat pos balik pulau laaaa....hihihi!!

    Ija harap kita dapat bekerjasama. Sekali lagi Ija tekankan KUS BP, berkhidmat untuk komuniti tanpa mengira bangsa, agama dan politik... Risau jugak kang... Nanti gaduh2 pulak pasal KUS niee...hiihi!!!

    Selamat Maju Jaya......

    ReplyDelete
  39. ala... setakat kursus specialized skill ni memang orang muda boleh ikut, tapi nak dapat keje selepas kursus, sory jangan harap.saya bukan nak condem tapi ini kenyataan, amat susah nak dapat keje ni, terima kasih dengan cadangan saudara tu

    ReplyDelete
  40. kalau rasa tak boleh dapat kerja lepas ambik kursus, baik dok rumah tengok bola kat astro, tu pun kalau mampu bayaq la, senang cerita, tak payah buat apa-apa laa

    takkan nak tunggu kerja mai begolek kot bang?? kena pi cari laa, takda apa yang senang kat dunia ni

    ReplyDelete
  41. Yeah... u right.. we must look for any oppurtunities.....

    Hidup melayu..... Yehaaa......

    ReplyDelete
  42. ASKUM..PEMUDA...
    ini satu nasihat kepada semua..kalau nak berpolitik..belajar dulu...cari guru baru berpolitik...tgk ZAIYUSRI BRAHIM....dia lah manusia yg paling bijak....makan keliling...ini baru pandai...depan Sh dia puji melambung-lambung,belakng dia maki mcm mcm..depan DSH..semau betul...tepi YB Farid...SH tak bagus...mcm mcm lah...pandai betul mamat nie..TAHNIAH BUAT MU YUSRI...(SAYA PINJAM KATA SH)

    ReplyDelete
  43. ASKUM..PEMUDA...
    ini satu nasihat kepada semua..kalau nak berpolitik..belajar dulu...cari guru baru berpolitik...tgk ZAIYUSRI BRAHIM....dia lah manusia yg paling bijak....makan keliling...ini baru pandai...depan Sh dia puji melambung-lambung,belakng dia maki mcm mcm..depan DSH..semau betul...tepi YB Farid...SH tak bagus...mcm mcm lah...pandai betul mamat nie..TAHNIAH BUAT MU YUSRI...(SAYA PINJAM KATA SH)

    ReplyDelete
  44. ni mai mana pulak anjing peliharaan shahidan (kedaikopi) terlepas nak gigit pemuda nak pecahbelahkan depa? kepada shahidan, pi bungkus laa beg hang, khairi jamaludin pun dah nak pindah dok australia dah, harta pak mentua dia bertimbun-timbun, hang nak pindah dok mana? lari cepat, satgi BPR mai angkut hang, takdan lari pulak, kepada kedaikopi @ pencacai shahidan, kesian kat hang, ingat shahidan mau kat hang lagi kaa? stesen minyak dengan ladang kelapa sawit dia lagi untung

    ReplyDelete
  45. Salam Sahabat semua ,

    Awat yang dok marah sangat nie? yang dok diatas senyum saja tapi yang dok dibawah bergaduh tak kenai punca. Kita yang harus dipersalahkan diatas kebodohan kita sendiri. Selagi dok kata mengata dan cerca mencerca selagi itulah kita tak akan kemana mana sahabat semua. Hari bersilih ganti dan tahun semakin hampir tapi kita tak juga berubah.

    ReplyDelete
  46. Aku dok baca komen-komen hangpa orang UMNO....nampak sangat PEMUDA BALIK PULAU buta perut, low mentality, berpolitik hanya untuk mengenyangkan perut sendiri dan kroni.....bukannya untuk rakyat... patut sangat lah UMNO kalah masa PRU 13 hari tu......

    ReplyDelete

Semoga saudara-saudara semua dapat menzahirkan idea-idea yang bernas untuk mempertabatkan lagi barisan saf Pemuda UMNO Balik Pulau.

Powered By Blogger